innity

pages

Thursday, April 7, 2016

[ISU MB TERENGGANU] Keturunan BUGIS Cabar Ahmad Said



KEMAMAN – “Jangan cabar saya! Okay, kalau sama-sama nak buka (bongkar) kita buka, sama-sama nak telanjang kita telanjang tapi untuk mengalah tidak sama sekali kerana saya juga adalah keturunan darah pahlawan (Bugis),” itu amaran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Amaran itu disuarakan beliau berikutan keadaan politik Terengganu ketika ini dan ‘serangan’ yang dilakukan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said terhadapnya.

Ahmad Razif berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengisytiharkan perang jika terus diasak kerana beliau juga mempunyai had kesabaran.

“Mula-mula memang (layan) cara baik tapi kalau ada orang cabar, saya kena peranglah. Saya pun ada had kesabaran…jangan tengok saya begini (berlembut) maka kata menteri besar penakut dan tak berani.

“Jadi jangan mencabar dan jangan runtuhkan ‘rumah’ Umno yang telah kukuh dan kuat ini, jangan sekali-kali (buat) kerana kita (ahli Umno) tidak pernah diajar untuk kurang ajar tapi pantang kita dicabar,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pejabat Umno Cawangan Pekan Kerteh, di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu itu berkata, beliau sebelum ini pernah mengisytiharkan tahun ini sebagai tahun perang dan perang yang dimaksudkan itu juga termasuk perang sesama sendiri.

“Kita perang tak kira perang sesama sendiri atau dengan yang luar. Kita tak akan mengalah, kita akan terus berjuang sampai titisan darah terakhir. Kita akan pertahan habis-habisan apa yang kita warisi, kita akan pertahankan kehebatan (Umno sejak) 70 tahun lalu dan kita akan pastikan 70 tahun lagi (Umno) akan terus hebat dan kekal sebagaimana yang kita warisi sekarang.

Suasana politik Terengganu mulai panas selepas Ahmad mengemukakan cadangan usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada Persidangan Dun, 8 Mac lalu dan pada 2 April lepas Ahmad mendakwa Ahmad Razif hanya menghitung hari untuk dilucutkan jawatan sebagai menteri besar.

Ketua Umno Bahagian Kemaman itu berkata, beliau juga akan mendedahkan perbuatan Ahmad Razif yang bagi beliau perbuatan itu boleh merugikan kerajaan negeri dan rakyat.

Tegas Ahmad Razif, perjuangannya bukanlah untuk diri beliau sendiri tetapi beliau mahu memastikan bahawa ia menjadi kesinambungan kepada perjuangan terdahulu.

“Apa guna kita berjuang begitu lama tapi pada masa sama kita runtuhkan rumah kita sendiri. Apa guna kehebatan kita, kita katakan bahawa kita asas, kita mulakan, kita pahlawan tapi akhirnya kita yang merobohkan rumah yang kita bina.

“Ini bukan cara orang Umno, bukan cara pejuang Umno…sebaliknya pejuang Umno (sejati sepatutnya) sanggup berkorban demi masa hadapan anak bangsa kita,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahmad Razif memberitahu beliau juga bersedia menerima apa sahaja teguran demi kebaikan.

10 comments:

  1. Bugis ni penyamun. Lanun.
    Apa yg megah sangat ?
    Keturunan nabi pun tak pernah dengar bermegah 2.

    ReplyDelete
  2. Another one declared Bugis is making Malaysia crowded with Pirates, already!

    ReplyDelete
  3. pemerhati babi babiApril 7, 2016 at 11:09 PM

    Rupanya semua org kuat umno itu adalah keturunan pahlawan...
    oooo baru kutahu...
    kahkahkah
    siapa lagi nk declare pahlawan??
    Biar semua kita tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu ada orang tu cium keris, lepas kena sound dengn MCA, terus minta maaf, kah kah kah......CIUM KERIS MINTA MAAF....ku orang ingat lagi tak?

      Delete
  4. dua org tu sama je lah...klu nk perang sama sndiri bila masa nk jaga rkyat.

    ReplyDelete
  5. BAGUIH DATO,HOK NI LA AMBO LAMO DOH DOK TUNGGU,JUAK2 DOH LAMO DOK ASAH LEMBING PARANG NOK PERANG.KALU NOK PERANG CEPAT DATO BUBAR DUN,KALU NOK LAMBAT TUNGU PRU 14.PATAH SAYAP BERTONGKAT PAROH,AMBO ADO BELAKEY DATO.

    ReplyDelete
  6. darah bugis lagi...

    ReplyDelete
  7. Asal usul nasi dagang Terengganu dicipta orang Bugis yang datang bekerja sebagai nelayan di sini.
    http://arung-bugis.blogspot.my/2012/09/asal-usul-nasi-dagang-tersimpan-rahsia.html

    ReplyDelete
  8. Di tanah bugis sulawesi selatan ada daerah marang..adakah kebetulan dgn marang di terengganu..keris bugis slh satu keris yg trkenal di tganu..kapal trengganu juga ada kaitan dgn kapal pinisi bugis..lidah bugis mnyebut prkataan ikan jd ikang,makan jd makang semua prkataan hujungnya n akn ditmbh g..kuih muih juga byk prsamaan..paras rupa juga agak sama..adakah semua ini kebetulan..mohon pgkaji sejarah mgkaji Lagi..tidak mustahil MB tganu skrg ada darah pahlawan atau darah raja dari tanah bugis..kat bugis dahulu ketua kampung pun wajib ada darah raja baru boleh memimpin..jadi anak bugis brdarah raja ni mmg ramai brtaburan di nusantara..jadi jgn hairan jika mb anda skrg adlh melayu bugis sebab bugis dah merantau belum ada lagi kapal terbang dah lama jelajah nusantara sbg pelaut,pengembara,pedagang,pasukan perang bayaran,malah ada yg belayar ke luar semata mata meneruskan perlawanan terhdp belanda..

    ReplyDelete
  9. Cium keris minta maaf pe ke jadah nk minta maaf..tu cium je bukannya guna keris koyak koyakkn gmbr korang atau parti korang..yg mca nk sound mmg tk patut..yg diorang bekungfu kungfu lompat lompat terbang terbang pakai pedang lembing dlm sesuatu acara tu tak minta maaf pun mcm nunjuk nunjuk je kehandalan..cium keris tu adat kita org melayu sbg lambang kebesaran senjata pusaka yg mnjadi lambang penyatuan rumpun melayu..bangsa lain tak de hak nak sibuk..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com