innity

pages

Monday, April 18, 2016

[ISU BORANG] Peguam Hantar Surat kepada Zahid Hamidi, Minta TIDAK LAGI Guna "Cina" dan "India" Dalam Semua Borang dan Dokumen Rasmi Kerajaan


Semalam saya dah tulis berkaitan sokongan kpd keputusan kerajaan utk membolehkan semua kaum di Sarawak menulis identiti kaum masing2 dalam semua borang dan dokumen rasmi kerajaan.

Saya menyokong penuh keputusan kabinet ini dan mengharapkan kesempatan ini turut di ambil kerajaan utk turut tidak lagi menggunakan istilah "cina" dan "india" dalam semua borang dan dokumen rasmi kerajaan kerana kedua2 istilah berkenaan tiada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, istilah yg ada dlm Perlembagaan yang mungkin merujuk kepada "cina" dan "india" di nyatakan sebagai "kaum-kaum lain" menurut perkara 153 Perlembagaan.

Oleh itu, hari ini saya akan menghantar surat sokongan ini kepada YAB DS Ahmad Zahid Hamidi dan saya berharap semua tuan/puan yg membaca status ini turut menghantar surat sokongan yg sama bagi menunjukkan saya tidak berseorangan menimbulkan isu ini.

Tuan/puan boleh menghantar surat berkenaan atas kapasiti individu dan juga atas kapasiti NGO dan kalau boleh, biarlah ada 1 juta surat yg sama di hantar kpd TPM.

Saya percaya, kabinet akan mendengar suara rakyat kerana keputusan untuk meminda borang utk Sarawak juga adalah hasil desakan berterusan anak2 Sarawak melalui Ketua Menteri.

Kita orang Melayu tiada boleh bergantung dgn mana2 orang politik yg ada skrg krn tiada mrk yg berminat menjuarai isu perlembagaan ini.

Jika anda mahukan soft copy surat ini utk anda edit dan sesuaikan dgn kapasiti anda atau ngo anda, sila emailkan perkataan "Saya nak salinan surat kpd Kabinet" ke alamat email saya suakeris@gmail.com

Semoga usaha kita ini di berkati Allah.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara




2 comments:

  1. Boleh tak buat secara online, lebih mudah dan pantas.

    ReplyDelete
  2. Apakah rakyat Malaysia keturunan Cina bersedia menghapuskan identiti mereka sebagai "KAUM CINA" digantikan dengan bangsa Malaysia? Dalam dunia ni, hanya Malaysia sahaja yang masing menggunakan istilah kaum (Melayu/Cina/India/Iban dsbnya). Di Spore/Brunei/Thailand/Philipine/Vietnam/Kemboja/Mynmar?/America...semua guna bangsa negara. Contoh: Singaporean/Indonesian dan sebagainya. Di Malaysia sepatutnya semua kaum dikenali sebagai Malaysian sahaja. Tak perlu pengenalan ikut kaum/etnik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com