innity

pages

Saturday, April 9, 2016

[ISU BERLAKON GARI] Rafizi rujuk Kenyataan KPN, Khalid Abu Bakar kepada Peguam



Ini kenyataan saya menjelaskan bagaimana saya diarahkan meletakkan tangan di belakang. Saya hormati bahawa pegawai-pegawai polis yang dibawah perlu menjalankan tugas mereka dan saya ajak kita semua juga memberi ruang mereka menjalankan tugas mereka. Kritikan saya terhadap Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

9 APRIL 2016

PEGAWAI POLIS WAJAR DIBERI KEBEBASAN MEMBUAT KEPUTUSAN MENGENDALIKAN TAHANAN TANPA CAMPUR TANGAN PIHAK ATASAN ATAU PIHAK LAIN

Saya merujuk kepada kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang dilaporkan oleh Malaysiakini ( http://www.malaysiakini.com/news/337038 ) serta pelbagai komen dan tuduhan yang dibuat kononnya saya “berlakon” digari untuk cuba meraih simpati dari rakyat.

Saya dimaklumkan oleh pegawai-pegawai bertugas dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang ditugaskan menyiasat kes saya bahawa saya dikehendaki meletakkan tangan di belakang dan akan dipegang oleh pegawai-pegawai polis yang mengiringi saya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada hari Rabu, 6 April 2016.

Perbincangan ini berlaku sekitar jam 1130 pagi di Bilik Persidangan JSJK di Menara 238, Jalan Tun Razak dengan kehadiran peguam saya Saudara Mohd Faizal Abdul Rahman.

Saya memberi pendapat adalah lebih baik saya digari untuk mengelakkan pegawai-pegawai polis yang mengendalikan saya dikecam oleh pihak Umno dan pegawai tertinggi polis kerana ia pernah berlaku sebelum ini sekiranya dilihat ada kelonggaran diberikan kepada saya. Peguam saya pula memaklumkan bahawa oleh kerana keputusan menggari itu adalah budi bicara pegawai polis yang bertugas, beliau mengesyorkan supaya saya tidak digari.

Akhirnya kami bersetuju bahawa saya meletakkan tangan di belakang tanpa digari mengikut arahan yang diberikan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya.


 
Saya ingin melahirkan rasa kecewa apabila soal sama ada saya digari atau tidak telah dipolitikkan sewenang-wenangnya sedangkan isu yang lebih besar iaitu penyelewengan 1MDB, salahguna Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi penyelewengan dan kelewatan pembayaran caruman LTAT pesara tentera cuba ditenggelamkan oleh isu ini. Malah ada yang memfitnah saya kononnya saya berlakon digari untuk meraih simpati rakyat.

Saya yakin saya tidak perlu berlakon untuk meraih simpati rakyat kerana sebahagian besar rakyat adalah bersama-sama saya selagi pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak berterusan menekan rakyat.

Saya juga ingin menyeru semua pihak (baik Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, baik rakyat atau pegawai tertinggi PDRM) supaya berhenti mempolitikkan layanan terhadap seorang ahli politik apabila beliau ditahan oleh PDRM atau mana-mana pihak berkuasa.

Pandangan peribadi saya ialah seorang ahli politik perlu diberi layanan yang sama seperti rakyat biasa yang lain – tidak lebih dan tidak kurang. Malah, pegawai-pegawai polis yang diberi tanggungjawab mempunyai budi bicara untuk menentukan sama ada seorang ahli politik itu digari atau tidak, selagi budi bicara itu tidak melanggar peraturan dan undang-undang.

Saya simpati dengan pegawai-pegawai polis yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya selama ini kerana mereka menjadi serba salah apabila setiap tindakan mereka akan mengundang kritikan (“damn if they do, damn if they don’t”). Jika mereka menggari saya, penyokong pembangkang akan memarahi mereka. Jika mereka tidak menggari saya, besar kemungkinan mereka terpaksa menjawab kepada pimpinan tertinggi polis menjelaskan kenapa mereka tidak menggari.

Akhirnya mereka cuba mencari jalan terbaik dengan mengarahkan saya meletakkan tangan di belakang sambil dipegang oleh mereka yang pada pandangan mereka merupakan budi bicara mereka yang adil kepada semua.

Saya telah ditahan banyak kali dan telah berurusan dengan ramai pegawai polis dari pangkat konstabel hingga ke SACII (Senior Assistant Commissioner) sejak tahun 2012. Saya menghormati mereka dan menghargai penghormatan dan layanan yang mereka berikan kepada saya selama ini setiap kali saya di dalam tahanan. Saya dilayan secara professional dan berhemah baik di lokap sehingga ke bilik soalsiasat sehingga ke lokap mahkamah.

Anggota polis adalah rakyat biasa seperti kita yang boleh menilai baik buruk seseorang pemimpin. Mereka juga tersepit seperti rakyat biasa tetapi tertakluk kepada arahan pihak atasan.

Oleh yang demikian, seperti mana negara kini bermasalah kerana kepimpinan tertingginya tempang, saya juga merasakan sebarang kritikan itu perlulah disasarkan kepada kepimpinan tertinggi polis seperti Ketua Polis Negara dan bukannya anggota biasa yang cuba sedaya upaya melaksanakan kerja mereka secara professional.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil yang dipertanggungjawab menyiasat kes saya di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) baru-baru ini di atas sikap professional dan budi bicara mereka. Ucapan terima kasih juga kepada semua kakitangan Lokap Bersepadu Jinjang yang professional dan berhemah semasa mengendalikan tahanan saya di sana. Saya yakin masa depan negara adalah cerah jika sikap professional sebegini diteruskan.

Saya juga berharap Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak mengulangi apa-apa kenyataan yang memberi gambaran saya berbohong atau berlakon mengenai peristiwa gari yang dipolitikkan sebelum ini. Jika beliau mengulanginya, maka saya akan rujuk perkara itu kepada peguam-peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

8 comments:

  1. lain kali gari dan pasang rantai kat kaki tu lagi elok..menyampah lah dgn semua lakonan ni

    ReplyDelete
  2. u urself update in ur fb n instag lahhh....budussss sotong ni.
    nak salahkan orang lain pulak

    ReplyDelete
  3. Bro..
    Aku x oercaya si rafizi..dia sebenarnya nak ambik kesempatan sahaja..walau aku tak support najib..tapi cara rafizi letak tangan belakang adalah nak cari simpati..

    Dia bokeh bagi apa sahaja kenyataan. Kalau dia tak letak tangan di bekakang sekali pun..polis tak akan charge dia atas kesalahan tak letak tangan di belakang..

    Bro kena hati2 dgn permainan diorg ni..jgn smpi kita menulis kita simpati..

    Saya memang mengikuti blog bro..dan amat bersetuju dgn bro tentang najib..tapi saya tak setuju kalau bro panjangkan publiaiti murah rafizi dlm blog bro..

    Thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro ke bodo..xabis upsr la ni menyibuk nk jd penghasut.p basuh punggung cuci2 baru boleh nk join politik.

      Delete
    2. hahaha..biar polis jlnkan siasatan dulu..

      Delete
  4. Saya teruja dengan tulisan Rafizi mengenai "lakonan dia bergari" yang menimbulkan berbagai persepsi. Isunya mudah sahaja tetapi penjelasan nya berputar belit. Ibarat "pertengkaran" dua insan menyebabkan ada yang "menyelak" itu dan ini ( yang diluar konteks pertengkaran). Persoalanya,apakah pihak pembangkang akan mengenepikan undang2 apabila mereka berkuasa kelak (ikut suka mereka shj).

    ReplyDelete
    Replies
    1. woi bengap..yg jd isu sekarang kes gari pun nk dipolitikkn..nk th lebih lanjut tny abe ralit.mudah je..xkira siapa pn ditahan atas kesalahan perlu ikut sop.bkn nk berlakon.nk berlakon masuk maharaja lawak mega la.terima kasih kepada tuan2 polis yg byk menjalankn tugas dgn baik atas arahan dn mnjaga yb msa penahanan.syabas tp dlm ati tgu pru siapla..)))

      Delete
    2. Tapi pembangkang lebih bsik dari penyamun.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com