innity

pages

Friday, April 22, 2016

Isu 1MDB: Bekas pegawai BSI didakwa di S'pura


Bekas ahli perbankan BSI Bank dari Switzerland yang beroperasi di Singapura didakwa dengan pengubahan wang haram ekoran siasatan 1MDB oleh pihak berkuasa negera tersebut.
Ini disahkan oleh Peguam Negara Singapura, menurut Today Online di Singapura.
Laporan itu menyebut Yeo Jiawei, bekas perancang kewangan di bank itu, didakwa atas kesalahan di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Serius lain (rampasan manfaat).
"Sementara dakwaan tersebut tidak menyatakan 1MDB atau entiti berkaitan atau individu, ia berpunca daripada siasatan ke atas aliran dana," kata laporan itu yang memetik mereka yang biasa dengan perkara itu.
Yeo telah mencadangkan produk pelaburan kepada 1MDB, dan disoal siasat sebagai sebahagian siasatan Singapura," tambahnya.
Pada bulan Februari, seorang lagi bekas pegawai BSI, Yak Yew Chee turut disebut dalam laporan berita setelah beliau memohon kepada mahkamah untuk tidak membekukan asetnya. - MK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com