innity

pages

Friday, April 15, 2016

ISMA SELAR NAZRI AZIZ: Dia sepatutnya Bercakap seperti Pemimpin Yang Ada Wibawa


BANGI, Jumaat – Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Pasir Puteh, UstazAb Kadir hari ini, menyelar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz apabila mempersoal keperluan menjemput pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik ke negara ini.
Beliau berkata, sebagai menteri Nazri septutnya bercakap sebagai pemimpin yang ada kewibawaan dan mempunyai hemah yang tinggi, bukannya mempersoal dan membantah.
“Dalam ekonomi negara kita selalu hantar misi perdagangan menjemput pelabur luar datang melabur ke Malaysia untuk kepentingan ekonomi negara kita. Bukan bermakna kita mengetepikan pelabur tempatan. Masing-masing ada peranan dalam memajukan ekonomi negara kita.
“Bahkan kerajaan Malaysia juga pernah menjemput ulama seluruh dunia secara individu atau berkumpulan datang ke Malaysia mengadakan muzakarah dan lain-lain untuk kepentingan bersama. Bukan bermakna ulama tempatan tidak berkemampuan, tetapi perkongsian pintar amat berguna untuk semua.
“Apa yang penting ianya berfaedah untuk bangsa dan negara. Jadi, tidak ada salahnya apabila Dr Zakir Naik dijemput ke Malaysia untuk sama-sama berkongsi ilmu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.
Semalam, Nazri dilaporkan mempersoal keperluan menjemput pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik atas alasan Malaysia masih mempunyai ulama dan ahli agama tersendiri untuk menjadi rujukan rakyat.
Nazri juga berkata, walaupun masyarakat yang menghadiri ceramah Dr Zakir Naik itu menggambarkan bahawa beliau sebagai sederhana, adalah tidak menghairankan jika penganut agama lain berasa perkara yang berbeza.
Mengulas perkara itu Ustaz Sharipuddin berkata, itulah yang berlaku dalam pemikiran orang yang tidak meletakkan agama di tempat yang tinggi.
“Jika mana-mana agensi kerajaan atau swasta menjemput penghibur luar negara secara individu atau kumpulan datang ke Malaysia merosakkan akhlak dan muda mudi belia negara mereka tidak bantah, malah menyokong.
“Sebenarnya sebagai pemimpin kenyataan seperti itu telah menggambarkan satu tindakan tidak maruah kepada bangsa dan negara,” katanya. - ismaweb

6 comments:

  1. Nazri ni dah masuk gila kuasa
    Tunggu jadi banduan...je

    ReplyDelete
  2. ISMA ni pun satu baral. Nazri wibawa ??? Kau gila ke apa. Kaki betina bagai nak rak ..bongak tak kena tempat ..bodoh tak boleh diubat. Takyahlah nak komen bab Nazri ni. Kita serah je kat tuhan nasib dia nanti

    ReplyDelete
  3. Alamak ... anon 11.04

    Tak sempat saya nak cerita bab Nazri , menteri pelacuran ( OOOOOPPPP Pelancungan ) ni . Lihat je perangai bini muda dia , tau lah laki dia orang jenis apa ...????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorrylah bro ..tak sempat nak tunggulah kalau pasal nazri ni. Hahahahahaa

      Delete
  4. Patutnya zakir dtg sini terangkan adat2 melayu yg diambil dari hindu spt brsanding, kenduri 100 hari kematian, pulut kuning. Baru ada manfaat kpd org islam sini. Bersihkan islam dari noda ansir luar. Bukan debat ngan penganut agama lain tgk kitab sapa betul salah. Nabi suruh tinggalkan perdebatan. Ni main cabar2 plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.43 syok sendiri, ambil ilmu cuit sini skit cuit sana skit pastu buat rumusan ikut nafsu sendiri.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com