innity

pages

Friday, April 22, 2016

ICU henti peruntukan DUN diwakili Mukhriz


BANGI, Jumaat – Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri menghentikan peruntukan tahunan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam yang diwakilinya.
Katanya, beliau telah dimaklumkan oleh ICU bahawa semua DUN diberikan peruntukan kira-kira RM300,000 untuk melaksanakan sebarang projek kecil-kecilan.
Bagaimanapun, beliau berkata, DUN Ayer Hitam terkecuali daripada menerima peruntukan itu setelah ICU mendapat arahan daripada Putrajaya.
“Setiap DUN mendapat peruntukan, malah DUN diwakili pembangkang juga dapat yang disalurkan melalui penyelaras Barisan Nasional (BN). Tetapi, entah kenapa DUN mantan Menteri Besar telah dipotong daripada senarai itu,” katanya, semalam.
Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, ICU baru-baru ini telah memberi taklimat kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN, tetapi beliau tidak dijemput.
“Setiap Adun diberikan senarai dan memang DUN Ayer Hitam tiada dalam senarai itu. Ini semua adalah permintaan daripada rakyat. Contohnya minta untuk baiki surau atau jalan berturap. Itu tujuan perbelanjaan kecil-kecilan.
“Permohonan dihantar ke pejabat Adun sebelum disalurkan kepada ICU. Jadi peruntukan itu bukan untuk wakil rakyat sebaliknya untuk memenuhi permintaan rakyat,” katanya.
Katanyanya, beliau akan meminta penjelasan daripada ICU kenapa DUN Ayer Hitam dikecualikan daripada menerima peruntukan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu, Mukhriz yang juga anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, merampas kerusi DUN Ayer Hitam daripada PAS dengan majoriti 2,446 undi.
Ketika kempen PRU itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjanjikan kepada rakyat Kedah bahawa Mukhriz akan dilantik menjadi Menteri Besar jika BN dapat menawan semula negeri itu daripada PAS.
Kemenangan BN di Kedah dengan memperoleh 21 daripada 36 kerusi DUN, mengangkat Mukhriz sebagai Menteri Besar seperti dijanjikan.
Bagaimanapun, tidak sampai sepenggal mentadbir negeri, Mukhriz digulingkan sekumpulan pemimpin UMNO negeri diketuai Timbalan Pengerusi UMNO Kedah dan Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah setelah mendapat restu Putrajaya.

9 comments:

  1. huh...tau plak melalak.... adehhhhh....RM300,000 kau nak tertekan apabsangat mukh..... cuti sekeluarga hang ajer pun Dan cecah ratusan ribu...blu org kira ajerlah duit tiket flight kelarga mewah neh.... apa kata tunjukbprotes katbkerajaan dengan korbankanbiaitu duit hang.... untung2 seluruh rakyat jatuh simpati... dasar munafik

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12.14 fumakilla,

      15 juta Najib gunakan untuk berjoli saman...ada bukti rosmah Najib guna kredit kad...boleh tunjuk mukhriz salahgunakuasa duit rakyat?

      Delete
    2. Anonymous April 23, 2016 at 12:14 AM

      Eh malaun pemakan dedak... Bila ko bercakap TANPA BUKTI, itu namanya MEMFITNAH..


      Ajib yg DAH JELAS LAGI NYATA menjahanamkan negara & merompak harta rakyat TAPI ko tak cakap apa2 pun...Ko masih sembah macam dewa..


      Engko tuu yg MUNAFIQ... Manusia yg Buta Bebal Pekak Bisu Tuli!


      BUKTI-BUKTI si Ajib ni seorang 'Penyangak Mega' dah keluar dari macam2 negara... TAPI ko ni masih lagi pertahankan si Pengkhianat Melayu ni..


      Ko tak malu ke pertahankan kemungkaran??? Keturunan ko tak malu jugak ke? Ko tak pernah dengar perkataan 'MARUAH' kot...


      Ko pemakan dedak memang muka tak tau malu... Macam si Ajib ni jugak!


      Memalukan AGAMA, BANGSA & NEGARA...

      Delete
  2. Contoh kezaliman melampau

    ReplyDelete
  3. Padan pun naik guna lif turun pun guna lif.

    ReplyDelete
  4. Putrajaya jgn lupa peruntukan tu utk rakyat Ayer hitam bukannya utk mukhriz...kalau tk phm LG bahasa simbolik aku Ni tk tahu lah nk ckp apa LG.

    ReplyDelete
  5. Jangan silap duit untuk rakyat. Kenapa tarik balik . Jangan buat sekatan ekonomi kepada rakyat . Cukup buat sekatan politik ke atas ADUN . Apa salah rakyat. Ini strategi politik yang salah . Pilih yang lain yang boleh untung parti.

    ReplyDelete
  6. Kita lihat nanti mcmana UMNO dibungkuskan di Ayer Hitam pd PRU 14 nanti. Dan kita tngk mcmana mamat basah akan mengelupoq bila BN khasnya UMNO akan dibungkuskan oleh rakyaat kedah nanti

    ReplyDelete
  7. Najib ni pun memang pahlawan bugis yg tak tentu hala tuju ... apa sangatlah 300 ribu tu .. utk beli 2 biji beg bini dia pun belum tentu cukup ..!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com