innity

pages

Monday, April 11, 2016

[PAN][HINDRAF, MIC, DAP] Terima Kasih Dr Zakir Naik Kerana Membantu Kami Mengenali Siapa Kawan Siapa Lawan


KEHADIRAN Dr Zakir Naik kali ini telah menyebabkan pihak-pihak musyrikin tidak senang duduk.
Yang memulakan bantahan terhadap Dr Zakir Naik adalah Waytha Moorthy (Ketua gerakan Hindraf) dengan kenyataan-kenyataan yang seolah-olah muncul dari mulut seorang lelaki yang kerasukan.
Kemudian diikuti dengan kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Prof Dr Ramasamy yang diperintah oleh sebuah parti rasis dan cauvinis DAP, yang menyifatkan Dr Zakir Naik sebagai Syaitan. Pemuda MIC juga tidak ingin ketinggalan untuk menempelak pendakwah tersohor ini.
Satees Muniady ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai dari DAP juga mahu berlagak seperti hero dalam filem Tamil.
Terbaru dan paling mendukacitakan, ceramah beliau di Melaka bakal dibatalkan, atas desakan pemuda MIC.
Jadi, apa yang dapat kita simpulkan di sini?
polis halang zakir naik
Insiden-insiden ini hanya membongkarkan sikap hipokrit, ekstremis dan fobia tidak bertempat pihak musyrikin terhadap seorang tokoh doktor perubatan yang alim, berwibawa dan disegani, yang berpotensi untuk memberi kefahaman yang sebenar tentang Islam di samping mendedahkan kebatilan yang terdapat pada kitab-kitab agama Hindu dan Kristian.
Alasan pihak PDRM yang membatalkan ceramah di UTEM Melaka juga tidak masuk akal. Adakah kerana pengisian ceramah yang mungkin boleh menyedarkan penganut agama Hindu akan kebatilan ugama mereka perlu disekat? Kenapa tidak disekat atau diambil tindakan terhadap usaha-usaha gigih pihak Evangelis Kristian dan Syiah yang ingin memurtadkan atau mengeluarkan umat Islam dari agama mereka? Kenapa terlalu perlahan untuk menangani pihak-pihak yang celupar dan terang-terang menghina Islam, institusi dan umat Islam?
Adakah sebarang usaha penyebaran dakwah kepada umat Islam sendiri hari ini akan dikategorikan sebagai “isu keselamatan”? Ketenteraman awam yang macam manakah yang terancam dan sensitiviti agama siapakah yang tergugat bilamana tajuk ceramahnya membandingkan persamaan-persamaan antara Islam dan agama Hindu?
Berapa kalikah tindakan diambil terhadap ucapan-ucapan dan tindakan-tindakan agresif dan ekstremis terhadap Islam dan umat Islam daripada pihak bukan Islam selama ini?
Sampai bila umat Islam perlu mengambil kira “perasaan orang lain”, “kepentingan orang lain”, “sensitiviti orang lain” dalam urusan-urusan agama sedangkan mereka itu tidak pernah langsung memikirkan atau mengambil kira perasaan, sensitiviti dan kepentingan umat Islam dalam begitu banyak kes dan contoh yang terang-terang membuktikan keceluparan, hasad dengki dan dendam kesumat yang diwarisi sejak turun temurun?
Kebebasan bersuara yang mereka laung-laungkan dalam isu hak asasi, golongan minoriti dan seumpamanya hanya akan disokong kalau memberi keuntungan dan menyebelahi mereka. Akan tetapi secara selektif akan dinafikan kepada umat Islam yang ingin bersuara mengenai kelebihan dan keunggulan Islam kepada umat Islam sendiri.
Inilah contoh sifat hipokrit bertaraf longkang.
Dan mereka sebenarnya sangat takut pada bayang-bayang Dr Zakir Naik!
Ketidakyakinan pada “kekuatan” agama sendiri begitu menyerlah, dengan harapan kebatilan ugama dan ideologi mereka akan dapat disekat daripada terburai di hadapan khalayak ramai sekiranya Dr Zakir Naik berjaya dihalang daripada berceramah.
Pemerhatian Kedua ialah diamnya parti politik dan golongan ala-ala Islamis yang terlalu teruja dengan semboyan “Rahmatan Lil Alamin”, “mereka adalah bukan-Islam, tidak hairanlah mereka menolak”, “Hidayah Allah yang beri”, “kita perlu berdakwah secara harmoni, hikmah dan sejahtera” lalu tidak segan silu menjalankan hubungan romantik dengan pihak-pihak yang seringkali berada di posisi menentang umat Islam dan kepentingan Islam di dalam banyak kes.
Negara sudah 50 tahun lebih merdeka, segala kemudahan maklumat di hujung jari, masih tidak faham-faham lagikah? Mereka ini duduk dalam Batu Caves kah? Mereka faham sebenarnya, sebab itulah mereka bagai dirasuk sawan dan kegilaan bila mendengar saja nama Dr Zakir Naik.
Terus terang saya katakan (dan saya bukan orang yang pertama menyebutnya) bahawa secara tidak langsung cara, strategi dan kaedah kamu semua berdakwah atau berpolitik adalah umpama Raja Rimba yang telah hilang telur dan kejantanannya. Pendekatan lemah gemalai, terlalu bertoleransi, terlalu inklusif dan akomodatif itu lah yang menyebabkan masyarakat musyrikin dan bukan-Islam tidak yakin pada Islam.
Tidak ada apa-apa keistimewaan atau dorongan untuk mereka menerima Islam dengan sikap kamu semua yang tidak berani meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya diduduki – sebagai Din yang Allah redai atas semua “agama” lain, yang Allah cukupkan nikmat-Nya melalui Islam dan menjadikan umat Islam selalu tinggi kedudukannya di atas umat dan penganut agama-agama lain.
Bukan sebagai politikus dan “pendakwah” yang berjiwa lemah, yang lebih segera berkompromi, atau mengendurkan prinsip perjuangan hanya kerana ingin memenuhi kegelojohan, kerakusan dan ketamakan pada kuasa atau menjadikan pihak musyrikin/bukan-Islam menyenangi kamu. Lebih teruk lagi, mereka ini diberi tempat pula untuk mengajarkan apa yang kamu tafsirkan sebagai “Maqasid Syaria’ah” kepada umat Islam.
Kamu semua patut malu pada Dr Zakir Naik. Beliau telah menunjukkan jalan yang tepat bagaimana untuk “engage” dengan yang bukan-Islam, bukan asyik meratib “Agree to disagree”, “managing diversity” dan “Rahmatun lil alamin” sepanjang masa.
Beliau berjaya “close deal” setiap kali berdialog atau melayani pertanyaan-pertanyaan penonton bukan Islam di pentas-pentas ceramah. Begitu juga dengan kebanyakan para penceramah Muslim yang berhadapan dengan audiens bukan-Islam sepertimana yang dapat dilihat dalam media maya.

Demikian juga pada poli-tikus dari PAN. Keghairahan kamu semua untuk berkuasa telah melalaikan kamu daripada memilih kawan sejati yang akan membawa maslahat Islam kepada kamu.
Tidak ada yang membezakan PAN dengan kumpulan ala-ala Islamis itu malah persamaannya jauh lebih banyak di antara kamu berdua.
Dan setakat tulisan ini ditulis, saya belum lagi mendengar atau terbaca walau seorang daripada kumpulan kamu berdua yang bersuara menentang percubaan pihak musyrikin dan bukan Islam yang dengan agresif dan angkuhnya cuba masuk campur dalam urusan umat Islam yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Duduk sebelah-menyebelah semeja dengan para penentang Islam dalam majlis makan malam bukan testimoni bahawa Dakwah Islam telah disampaikan atau kedaulatan Islam telah dipamerkan!
Pemerhatian Ketiga ialah keperluan umat Islam untuk mengenali siapa yang membawa agenda musuh dan siapa yang membawa agenda Islam. Kita akan membaca komen-komen bodoh dan lucu daripada para pembela golongan-golongan di atas dari semasa ke semasa. Alhamdulillah kedatangan Dr Zakir Naik secara umumnya telah menampakkan satu solidariti yang jarang ditemui sebelum ini dalam perkara yang melibatkan urusan agama Islam di kalangan kaum Muslimin di negara ini. Dan memperlihatkan betapa kaum musyrikin dan bukan Islam akan bersatu (tanpa mengira parti politik) apabila “kepentingan” agama mereka kononnya akan tercabar atau tergugat.
Mereka sentiasa bersatu manakala kita seringkali bertegang urat dan saling menghunus senjata atas sebab-sebab yang paling remeh.
Mereka sama-sama berjuang untuk menegakkan agenda Kufr yang besar sedang kita saling bercakaran dengan isu-isu khilafiyah yang tidak pernah berkesudahan.
Mereka sedang menyusun kekuatan untuk masa depan sedang kita menganyam mimpi indah akan nostalgia masa silam.
Mereka sedang mempersiapkan para perajurit mereka di saat para pemuda-pemudi kita sedang dilalaikan.
Semoga kehadiran Dr Zakir Naik ke Malaysia akan menyedarkan kita semua siapakah lawan dan kawan sebenar umat Islam.
Muhammad Luttfi Abdul Khalid

2 comments:

  1. pan tak prlulah mngaku parti islam...cukuplah dgn sgala hujah yg merapu tu.

    ReplyDelete
  2. Umno najib pun tak perlulah mengaku mempertahan alif ba ta jika nama parti pun dah ditukar menjadi united macai najib only. u.m.n.o.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com