innity

pages

Monday, April 18, 2016

[HEBAT, TAK MACAM ABANG] MKini: Nazir bercuti sementara siasatan ke atas AS$7 juta Najib


Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak dilaporkan sedang bercuti untuk membolehkan siasatan bebas ke atas isu AS$7 juta.
Ini didedahkan dalam Instagram oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, yang dikenali sebagai sekutu rapat tokoh perbankan itu.
Walaupun Fernandes tidak menyebut butirannya, adalah dipercayai beliau merujuk kepada jumlah wang yang diagihkan oleh Nazir bagi pihak abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bos Air Asia itu memuat-naikkan gambar AGM ke-59 Kumpulan CIMB dengan kapsyen, "Kelas tindakan Pengerusi CIMB Nazir Razak. Secara sukarela mengambil cuti mulai hari ini bagi membolehkan siasatan bebas berhubung pemindahan 7 juta. Demi manfaat tadbir urus korporat yang baik dan ketelusan."

Nazir menjadi sasaran bulan lalu selepas akhbar The Wall Street Journal memetik beliau sebagai mengesahkan bahawa dirinya menerima jumlah wang berkenaan daripada abangnya.
Wang itu kemudiannya diagihkan kepada ahli politik parti pemerintah mengikut arahan pemimpin parti.
Walau bagaimanapun, Nazir memberitahu WSJ bahawa beliau percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat korporat dan individu di Malaysia untuk kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti dana berkenaan dari sumber lain.
Berikutan laporan berkenaan, pengerusi CIMB itu kemudiannya dalam posting di Instagram, mengakui dirinya tidak sepatut membantu abangnya.
"Saya faham kemarahan (orang ramai), dan berdasarkan pengalaman, saya tidak sepatutnya.
"Saya andaikan dan percaya dengan niat baik bahawa dana itu adalah sah daripada kutipan dana politik," tulisnya.
Beliau menegaskan bahawa semua wang itu telah diagihkan sepenuhnya dan beliau tidak menyimpan walau sesen pun.
CIMB dijangka mengadakan sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 petang ini. -MK

5 comments:

  1. keapa singkat sangat...... bukankah andaian bahawa ianya adalah daa politik seharusnya lebih digeruni oleh Nazir....sebab daa politik lebih mudah terdedah Kepada unsur rasuah. seharusnya beliau akur menjawab bahawa dia tidak bimang pun Wang 7j itu adaah Wang derma....sebab lebih jelas iana tiada rasuah..... TAPI sebaliknya yg da fikirkan.... nampak benarada dendam dlm hati nazir.... adik beradik jarang berpelakuan begitu melainkan ada permintaannya yg tidak tertunai atau ada bahagiannya yang tidak tergenggam..... Lu all pikir sendiri.

    ReplyDelete
    Replies


    1. 2.41

      Setidak-tidaknya Nazir melakukan perkara yang betul.

      Mengundurkan diri buat sementara waktu dengan bercuti agar siasatan dapat dilakukan dengan adil, bebas dan lancar.

      Tiada lagi dolak-dalik, putar-memutar, auta dan alasan.

      Sekurang-kurangnya ada menampakkan kesungguhan untuk memulih dan memelihara integriti dan kredibiliti institusi yang dipimpinnya.

      Bagaimana pula si abangnya?

      Tak payah la nak komen lanjut.


      Delete
  2. Memang jauh beza orang yg bermaruah dengan orang takde maruah. Hidup mewah tapi takde maruah hanya jadi cemuhan masyarakat....

    ReplyDelete
  3. Najib cuba kau tengok adik kau, betapa gentleman..tapi kau..kau..kau..ha malas aku nak kutuk..semua orang tahu siapakau sebenarnya..

    ReplyDelete
  4. Umno dah salah pilih pemimpin, sepatutnya nazir razak jadi perdana menteri malaysia.

    Dalam keturunan ayahanda tun razak takkan setandan pisang semuanya rosak, mesti ada yang baik....dan tidak syaklagi ianya adalah nazir razak.

    Lupakan tentang ayat bastard tu, jika terbukti yang terbaik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com