innity

pages

Friday, April 22, 2016

[HATI-HATI] Syiah berselindung sebalik pusat pendidikan pra sekolah


KUALA LUMPUR - Ajaran syiah di negara ini dilihat semakin berkembangan dalam bidang ekonomi serta dapat memberi ancaman kepada masyarakat, kata Timbalan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ulamak Kedah, Abdullah Din.

Abdullah mendakwa, terdapat pengikut syiah yang mengembangkan ajaran berkenaan melalui bidang ekonomi dan antaranya adalah seperti membuka syarikat pengurusan haji dan umrah serta pusat pendidikan pra sekolah.

"Sebagai contoh, sebuah pusat pendidikan pra sekolah yang agak popular di negara ini turut diterajui oleh pengikut syiah dan ini amat membimbangkan khususnya bagi anak-anak yang dihantar ke situ.

"Saya harap pihak berkuasa dapat buat sesuatu terhadap pusat pendidikan yang dikenal pasti itu bagi menggelakkan ia mengembangkan ajaran syiah kepada anak-anak yang dihantar ke situ," katanya kepada media ketika Majlis Seminar Antarabangsa Gerakan Syiah dan Kesannya Terhadap Dunia Islam yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini

Menurut Abdullah, sekiranya ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat pendidikan pra sekolah terbabit, ia sekali gus membantu pihak berkenaan mengembangkan ajaran syiah dengan menguatkan ekonomi mereka.

Selain daripada itu, Abdullah berkata ajaran syiah sewajarnya dibanteras secara berterusan dan bukannya hanya berkala bagi memastikan ia tidak berkembang di negara ini.

"Usaha banteras ajaran syiah ini diharap bukan berkala dan bukan hanya bila isu panas saja.

"Ia libatkan isu akidah dan musuh tidak berhenti, jika kita berhenti sampai bila nak tangani perkara ini," katanya.

Dalam pada itu, Abdullah yang turut aktif dalam menangani perkembangan syiah di negara ini turut memaklumkan bahawa pelbagai pendekatan telah diambil oleh banyak pihak sebelum ini bagi menggelakkan penularan ajaran berkenaan dan antaranya ialah melalui penulisan buku karya kreatif.

"Saya seru para penulis di negara ini yang sayangkan akidah jangan asyik menulis novel cinta saja dan hasilkan karya-karya untuk tangani syiah," katanya.

3 comments:

  1. Sudah sudah la mencari titik permusuhan sesama Islam. Kat mana dalam pelaksanaan rukun Islam yang syiah deviate?

    ReplyDelete
  2. Cakap bagi terang namakan pusat pendidikan tersebut jgn main sekerat-kerat hanya menimbulkan keresahan yang berpanjangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu tak dinamakan bermakna hanya disyaki, tiada bukti, jgn "resah"

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com