innity

pages

Sunday, April 17, 2016

Hadirin hiba penganut Roman Katholik minta Zakir Naik ajar mengucap syahadah


KUALA LUMPUR, Ahad – Seorang wanita yang menghadiri program penceramah Islam terkemuka dunia, Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Bukit Jalil, mengejutkan ribuan hadirin apabila bangun dan meminta Dr Zakir mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah, sebentar tadi.
Hadiri di dalam stadium menjadi hiba apabila wanita itu tanpa menyatakan dari mana, memaklumkan dia adalah penganut Roman Katholik, bersunguh-sungguh mahu memeluk Islam.
Dr Zakir Naik yang dalam siri jelajah Malaysia kemudian mengajar wanita itu mengucap dua kalimah syahadah.
Terdahulu seorang lelaki warga India turut memeluk Islam dalam program berkenaan. 



Sekurang-kurangnya tiga puluh ribu hadir mendengar ceramah Dr Zakir Naik di Stadium Hoki, Bukit Jalil, malam tadi. 

Malam tadi juga, 30,000 hadirin itu menjadi saksi terhadap Hurender Bal Singh dari India dan wanita katolik yang mengucap syahadah di depan Dr Zakir Naik. Pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam dan rakyat asing hadir bagi mendengar ceramah bertajuk 'Is The Quran God's Word'. 

Penonton memenuhi setiap ruang stadium termasuk di tengah-tengah padang. Pendakwah terkenal itu menyampaikan ceramah selama lebih sejam sebelum diteruskan dengan dua jam sesi soal jawab. 

Sesi berkenaan adalah tarikan utama orang ramai hadir ke program itu bagi mendengar hujah-hujah beliau selaku pakar perbandingan agama. 

Dr Zakir yang kali keenam melawat Malaysia dalam ceramahnya berkata bahawa al-Quran bukan hasil karangan atau khayalan Nabi Muhammad SAW seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam. 

Beliau berkata, sebagai contohnya ayat al-Quran menceritakan kisah Nabi Nuh AS yang ribuan tahun sebelum Rasulullah SAW diutuskan. 

"Secara logiknya adalah tidak masuk akal seorang bernama Muhammad SAW mampu menceritakan kisah Nabi Nuh AS sedangkan kisah nabi ketiga selepas Nabi Adam AS itu turut diceritakan dalam kitab-kitab lain yang turut diakui oleh agama samawi lain," katanya. 

Katanya, banyak bukti-bukti dengan dalil naqli dan aqli yang membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW bukan pengarang al-Quran. "Sebaliknya ia adalah kalam Allah Taala," katanya.

11 comments:

  1. Ingat Najib dan pencacai sekalian,

    Ambil Dan songlap duit rakyat adalah h.a.r.a.m.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat juga, kalau memfitnah tanpa bukti juga adalah h.a.r.a.m dan b.e.r.d.o.s.a b.e.s.a.r

      Delete
    2. Bro 8.08..lu tk kerja Kat putrajaya memang Lu tk tau apa yg jadi.kami Ni dah muak apa yg rosmah buat pd laki dia dan juga pegawai kanan yg nk jumps laki dia.bukti memang dah Ada cuma najib dlm proses nk Cari alasan mengelak dr kena tangkap je.lu duduk luar bandar apa yg Lu tau.

      Delete
    3. Ak kerja KT rmh dia. Ko nk gebang APA ni?

      Delete
    4. Keja kat umah dgn keja kat pejabat kerajaan laen bro..jgn nak gebang la..

      Delete


    5. 8.08

      Bukti dah banyak ditunjukkan.

      Hanya yang berhati hitam dan buta hati saja yang tak nampak.

      Delete
    6. Anon 11:24, lu kerja putrajaya tu pernah tengok ke najib atau rosmah songlap duit rakyat terang-terangan depan ko. Klau setakat dengar cakap tanpa sebarang bukti dah jatuh kategori fitnah... Kalau dah fitnah jangan lu cakap lu dapat p.a.h.a.l.a pulak...

      Delete
    7. 6.42 bodoh ke per? Kalau 4 billion dalam bentuk tunai tak muat satu bilik chai...

      Ini jawapan tersedia;

      Salam Tun,

      If I’m not mistaken, for your item 10, I read somewhere that LHDN already issued a statement that no tax shall be levied on donation money.

      For the rest, all are right on the ball.

      Anyway for the fun of it…..

      RM100 note is the largest denomination of our currency.

      What is it’s dimensions?
      Length = 120mm
      Width = 65mm
      Thickness = 0.12mm

      Volume = 120×65×0.12 = 936mm^3

      In cubic meters = 9.36 x 10^-07 m^3

      For RM4 billion, if this is transferred directly into cash….

      The volume is about…..

      4,000,000,000 ÷ 100 = 40,000,000 unit of rm100 notes.

      Where the volume is 9.36×10^(−7)×4.0×10^(7)
      =37.44 m^3

      How big this space of 37.44 cubic meters?

      Mmmm…. if a typical terres house having a living hall of 3 meter width, 3 meter height and 4 meter in length then this living hall shall have a volume of 36 meter cube. If we are talking about RM 4 billion cash, apart from the living hall, we may even need to stash some of it in the kitchen as well!!!

      Now imagine the smallest denominations i.e. 1 cent at 4 billion…

      Hehehehe…. habis lombong copper seluruh Malaysia nak produce satu sen sejumlah tu kot….. hahahaha….

      -kredit kepada umranrc/blog chedet

      P.s

      Maaf chai kerana kami rakyat memahami pencacai najib mempunyai kelemahan dan kurang upaya pemahaman bahasa english dan pengiraan matematik.

      Delete
  2. Ingat, yg komen mengenai perkara yg dia sendiri tak jelas itu adalah fitnah. Fitnah hukumnya apa? Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chai 11.54,

      Rakyat tanya mana hilangnya wang 1mdb kepunyaan rakyat?

      Jawapan pertama pencacai : fitnah

      Rakyat bertanya kali kedua, mana hilangnya wang 1mdb kepunyaan rakyat?

      Jawapan kali kedua pencacai adalah pokok manggis.


      Ingat pembaca ye, tak fitnah mesti pokok manggis, itulah jawapan pencacai makan duit hasil haram ni.

      Delete
  3. Bukti ??? duit KWAP RM42 juta masuk akaun Najib apa cerita ???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com