innity

pages

Thursday, April 7, 2016

[GERAKAN GULING MB JOHOR] Saman, dan saya akan tunjuk bukti – anak Speaker Johor

PETALING JAYA: Ahli UMNO, Shukur Mohamad akan menunjukkan bukti wujudnya gerakan menggulingkan Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin, hanya jika dia disaman.
Beliau sebelum ini mendakwa adanya komplot yang diketuai kumpulan penyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan Menteri Besar di Darul Takzim.
Justeru, beliau mengalu-alukan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan kontroversi yang tercetus supaya meletakkan jumlah saman yang ingin dikenakan.
“Kalau saya salah saman lah saya, berapa pun saya terima, kalau saya menang saya tidak akan saman balik sebaliknya saya akan pastikan benda ini (gerakan jatuhkan Mohamed Khaled) ini terpampang di dada akhbar selama seminggu.
“Jangan cabar saya suruh tunjuk bukti di media sosial, kita cabar tunjuk bukti di mahkamah, biar mahkamah jadi penentu.
“Saya akan kelurkan semua bukti seperti yang kata (wujud gerakan jatuhkan Menteri Besar), saman saya hari ini, buat laporan polis kata saya fitnah. Tetapi kalau dia (kumpulan penyokong Najib) tak nak buat laporan polis, saya tidak akan keluarkan bukti dalam waktu terdekat,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab desakan Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap yang mencabar Shukur supaya menunjukkan bukti kewujudan gerakan menggulingkan Khaled yang diketuai kumpulan penyokong Najib.
Shukur sebelum itu mendakwa gerakan itu diketuai oleh seorang timbalan menteri. Menurut Shukur, timbalan menteri itu dikatakan akan diangkat menjadi menteri besar baharu sekiranya misi berjaya.
Shukur, yang juga anak kepada Speaker Johor, Tan Sri Mohamad Aziz berkata, sekiranya tiada saman dibuat terhadapnya, dia akan tampil membuat pendedahan itu seminggu sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan datang. 

Tuduhan anak Speaker hanya gosip sampah


Dakwaan wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin oleh kumpulan penyokong Datuk Seri Najib Razak yang diketuai seorang timbalan menteri dilihat sebagai gosip sampah dan tidak masuk akal.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaparawi sebelum ini berkata, timbalan menteri tidak layak untuk dilantik sebagai Menteri Besar kerana ia seorang Ahli Parlimen sedangkan pelantikan bagi jawatan itu perlu dipilih dari seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
“Jika seorang Ahli Parlimen mahu menjadi ADUN, maka salah seorang ADUN BN Johor yang ada sekarang perlu meletak jawatan bagi memberi laluan kepada timbalan menteri bertanding kerusi DUN itu. ADUN yang letak jawatan akan hilang kelayakan bertanding selama lima tahun.
“Untuk adakan pilihan raya kecil (PRK) ia mestilah lebih dari dua tahun sebelum DUN Johor ke 13 tamat (2018). Sekarang DUN Johor ke-13 telah menghampiri 3 tahun, Mei 2016. (Lagi 1 bulan). Untuk adakan PRK perlu ada persiapan rapi dari parti yang bertanding. Bukan boleh dilakukan secara tergesa-gesa. Bukan semudah beli kacang butir,” katanya.
Bercakap kepada FMT, Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading yakin bahawa Perdana Menteri tidak akan mengambil risiko menukar Menteri Besar sebelum pilihanraya umum, kerana ia dilihat bukan langkah yang bijak sekaligus menambahkan lagi kehancuran kepada UMNO.
“Jadi anggaplah gosip berkenaan sebagai sampah sahaja. Janganlah kita terus melayan cerita-cerita yang tidak logik kerana kita pula yang akan dilihat bodoh. Biarlah dia (Shukur) bodoh seorang diri dia sahaja,” sindirnya.
Perkara sama turut ditegaskan Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim yang menyifatkan sebarang gerakan untuk menukar Menteri Besar dianggap seperti satu gerakan mengarut dan membazir masa.
Katanya, banyak perkara hebat berlaku ketika Khaled mentadbir Johor yang antaranya negeri itu terus maju hingga menghasilkan pendapatan ekonomi negeri yang progresif.
“ KDNK Johor menunjukkan pertumbuhan pada kadar 6.5% dengan nilai RM 93.7 bilion pada tahun 2014 sahaja.
“Perkara yang mensejahterakan dan mengutamakan rakyat telah banyak dijalankan. Ini dapat dilihat menerusi titik sentuh di bawah Pelan Suara Hati Johor, Pelan Pertumbuhan Ekonomi Johor dan bajet tahunan yang dibentangkan dan terbukti mengikut kehendak dan keperluan rakyat,” ujarnyanya.- FMT

3 comments:

  1. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang dah tak boleh pakai sebab ada monyet yang dok goyang kerusi MB sebab tu ada yang bersuara.
    Orang tak akan bersuara untuk suka2.Saman la kalau orang dah cabar.Itu pun kalau berani.

    ReplyDelete
  2. Dulu seorang Pemimpin UMNO Johor ProJib kata kat Mukriz yang nakkan jawatan Perdana Menteri. Alih-alih ayat yang sama juga ProJib kata tak boleh pula sebab berstatus Ahli Paelimen.

    Haprak betullah mereka ni!

    ReplyDelete
  3. Malang sekali.... namanya Shukor tapi manusianya PENIPU YANG TIDAK TAHU BERSYUKUR DENGA KEADAAN DIRINYA....hehehehehhehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com