innity

pages

Sunday, April 24, 2016

[GELARAN DATUK SERI TAK DISEBUT DALAM MAJLIS PAGI INI] MB Terengganu enggan ulas gelaran Datuk Seri ditarik balik

SULTAN Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (sebelah kiri Sultan) ke Majlis Perasmian Wakaf Senusantara 2016 di Hotel Primula, Kuala Terengganu. - Foto Aswadi Alias

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman enggan mengulas ketika ditanya mengenai desas-desus penarikan balik darjah kebesaran istana Terengganu yang diberikan kepadanya. 

Beliau hanya mengucapkan ringkas 'terima kasih' dan menaiki kenderaan rasminya apabila diserbu wartawan sebelum meninggalkan Majlis Perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016, di Hotel Primula, di sini, sebentar tadi. 

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Osman Muda turut enggan mengulas apabila ditanya mengenai viral perlucutan gelaran itu. 

Sementara itu, BH difahamkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin belum mengeluarkan titah rasmi berhubung isu perlucutan itu. 

Difahamkan juga titah mengenai perlucutan anugerah itu hanya disuarakan secara lisan. 

Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada 24 April 2015. 

Pagi ini, pada majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016, gelaran Datuk Seri tidak disebut oleh pengacara majlis, sekadar menyebut Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu. 

Sultan Mizan berangkat dan merasmikan Persidangan Wakaf Senusantara 2016 itu. 

Pada ucapan alu-aluan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hanya menyebut Menteri Besar dan bukannya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman seperti ucapan majlis lain, sebelum ini. - BH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com