innity

pages

Monday, April 11, 2016

Gelar Dr Zakir Naik ‘setan’, DAP serlah wajah sebenar musuhi Islam


BANGI, Isnin – Tindakan Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’ telah menunjukkan sikap dan wajah sebenar parti itu yang sangat memusuhi Islam.
Menyifatkannya sebagai terlalu keterlaluan, Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Omar Kassim berkata, beliau pelik dengan tindakan orang bukan Islam termasuk Ramasamy yang beria-ia menghalang Dr Zakir Naik untuk menyampaikan ceramahnya di negara ini.
“Seperti Ramasamy, dalam status Facebooknya mengatakan ‘peace loving Malaysian’. Mana yang ‘peace loving’nya. Apa hak dia nak panggil orang ‘setan’. Nampak tak ada agenda jahat di situ. Bila tidak mengganggu kepentingan mereka, mereka sanggup berpeluk mesra dan tertawa bersama.
“Tapi bila bertembung, mereka menampilkan wajah sebenar. Orang seperti ini tak layak dapat satu undi dari mana-mana Muslim, bahkan tak layak dapat sokongan dari mana-mana kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian mengulas tulisan Ramasamy di Facebooknya dengan ayat ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.
Ramasamy juga turut menyifatkan Dr Zakir Naik hanya menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam. Ini berikutan Dr Zakir dijadualkan berada di Terengganu selama lima hari untuk menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam.
Susulan itu Ustaz Omar berkata, sepatutnya kita semua orang Islam tidak lagi boleh mempercayai dan memberi muka kepada orang seperti itu, termasuk konco-konco dalam parti mereka.
“Dia telah mencampuri urusan umat Islam. Siapa dia mahu halang pendakwah Islam masuk ke negara ini?
“Hakikatnya, mereka sebenarnya takut dengan hujah kuat Dr Zakir tentang kebenaran Islam, sebagaimana takutnya Quraisy kepada Rasulullah,” katanya.
Sementara itu, Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai pula menyeru kepada semua pihak termasuk ahli pilitik Islam untuk sama-sama mempertahankan Dr Zakir Naik.
“Apakah para politikus Muslim sanggup melihat saudara seIslam seperti Dr Zakir Naik dihina sebegini?
“Adakah ini apa yang anda sebagai seorang ahli akademik anjurkan dan ajarkan dengan mengelar orang lain sebagai “Satan” dan kemudian edit status anda?
“Baling batu sembunyi tangan… Akan adakah ahli partinya yang beragama Islam berani menegur keceluparan beliau secara terbuka dan mempertahankan maruah saudara Muslim yang lain?,” soalnya. - ismaweb

2 comments:

  1. apa plk komen pan...rakan karib dap tu.

    ReplyDelete
  2. Dia takut sebenarnya... pengaruh Dr Zakir amat hebat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com