innity

pages

Wednesday, April 27, 2016

[GADUH DAH?] Dr Vida BIDAS Annuar Musa ekoran kenyataan Bajet kepada KAFA hanya RM4juta


KOTA BHARU: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman hairan dengan sikap Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang mempersoalkan penajaannya sedangkan semua syarat sudah dipersetujui sebelum menandatangani kontrak menaja pasukan itu. 

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Vida berkata, semua perkara yang dipersoalkan Annuar itu sudah dibincangkan ketika rundingan dan KAFA sendiri dengan rela hati menerima 34 syarat dikemukakannya. 

"Semua perkara itu tidak sepatutnya dipersoalkan seolah-olah beliau mahu menuding jari dan meletakkan kesalahan di bahu saya. Sememangnya betul hanya RM4 juta saja tajaan untuk gaji pemain, tetapi itu sudah dipersetujui. 

"Bahkan, baki RM4 juta lagi sebenarnya untuk keperluan KAFA bagi bayaran bonus pemain sebanyak RM2 juta, pengubahsuaian Stadium Sultan Muhammad IV (RM1 juta) dan penganjuran Liga DSV (RM1 juta). 

"Bagi saya pengubahsuaian stadium itu adalah untuk memberi kemudahan kepada pemain dan penyokong. Kalau saya tidak buat, siapa lagi mahu buat manakala Liga DSV pula adalah untuk melahirkan pemain pelapis Kelantan," katanya kepada BH Sukan, semalam. 

Penaja utama Kelantan itu turut mengakui bayaran gaji pemain Kelantan tidak dibuat melalui akaun KAFA, sebaliknya menerusi satu akaun khas yang diwujudkannya. 

"Ia juga sudah dipersetujui. Saya sendiri sehingga kini sudah mengeluarkan dana untuk pembayaran gaji pemain sebanyak RM1.66 juta untuk tempoh tiga bulan melalui akaun khas itu. 

"Sebanyak RM800,000 dikeluarkan pada bulan Februari, Mac (RM460,000) dan April (RM400,000), sedangkan dalam syarat saya hanya perlu membayar sekitar RM400,000 sebulan. 

"Bagaimanapun, disebabkan kekurangan dana daripada penaja lain untuk membayar gaji bulan Februari, saya rela menanggung selebihnya demi menjaga kebajikan pemain," katanya. 



Sebelum ini BH Sukan melaporkan Dr Vida menaja Kelantan sebanyak RM16 juta selama dua musim hanya untuk 'mencukupkan' dana bagi menampung pembayaran gaji pemain. Sehubungan itu, beliau tidak mahu mana-mana pihak salah faham seolah-olah semua tajaannya itu untuk menanggung sepenuhnya kos mengurus KAFA. 

Mengulas lanjut, Dr Vida berkata atas dasar keprihatinannya juga, beliau mengeluarkan sebanyak RM600,000 yang bukan sebahagian daripada penajaan sebagai dana tambahan KAFA. 

"Sebanyak RM300,000 dikeluarkan untuk membeli kelengkapan pemain PQPTRW, Piala Presiden dan Piala Belia seperti jersi, kasut dan lain-lain. 

"RM300,000 lagi bayaran untuk mendapatkan hak jersi kerana KAFA sebelum itu sudah menandatangani perjanjian dengan syarikat pengedar Nike," katanya. 

Dr Vida berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Annuar menerusi Facebooknya semalam yang menegaskan tidak timbul soal penamatan tajaan daripada penaja utama Kelantan itu kerana pihaknya sentiasa bertolak ansur dengan semua penaja. 

Malah, beliau turut menjelaskan secara terperinci mengenai nilai tajaan Dr Vida selain mengakui KAFA masih kekurangan RM4 juta untuk memenuhi bajet pasukan tahun ini. 

"Prinsip asal menukar nama pasukan, warna jersi dan lain-lain identiti pasukan adalah khas untuk penaja yang menaja sekurang-kurangnya 50 peratus dari bajet rasmi pasukan (RM16 juta) iaitu RM8 juta setahun. 

"Tajaan Dr Vida untuk bajet pasukan kini hanya RM4 juta setahun, selebihnya beliau mahu belanja bagi hal luar bajet KAFA seperti cat stadium, baiki Wisma DSV, Piala DSV, ganjaran juara dan sebagainya. 

"KAFA tidak boleh memaksa. Selepas separuh musim hampir tamat, saya difahamkan Dr Vida baharu menyumbang kira-kira RM1.4 juta (sedang semak angka terbaru). Itu pun tiada sebarang tajaan dibayar ke akaun KAFA," katanya.

5 comments:

  1. Cakap org politik, kalu betul memang betul, tapi kalu tak betul dia spin kata dia betul, itu memang tokoh politik cari makan

    ReplyDelete
  2. Hahahaahaa ..welcome to the world of umno politics. Vida ni tak buat background check ke sapa Annuar Musa ni. Duit org miskin pun dia boleh balun. Inikan duit QuPutih. Tarik baliklah duit tu. Gaji tertunggak pun dah bayar. Baik ambik duit tu derma rakyat yang lagi perlu.

    ReplyDelete
  3. Ambo sokong Benar Dato Vida Bertanding Presiden KAFA...KONPEM Team Kelate akan jadi mcm JDT...Buang jer org2 POLITIK dlm Dunia SUKAN NEGARA baru BOLEH MAJU JAYA....TAKBIRRR

    ReplyDelete
  4. BOOLOK WOP DOH WEI!

    ReplyDelete
  5. confirm vida dah takde duit patutlah dia dah start jual beg guna alasan nak bagi anak yatim hahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com