innity

pages

Thursday, April 14, 2016

Gabenor BNM - Wahid Omar ganti Zeti? Bukan KSP Irwan Serigar


Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah disebut-sebut sebagai calon Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Bagaimanapun, kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dikatakan telah mendapat restu Putrajaya untuk mengambil alih jawatan tersebut.
Dr Zeti yang akan menamatkan kontraknya akhir bulan.
Selain Irwan (gambar) dan Abdul Wahid, seorang lagi yang dispekulasikan ke jawatan itu ialah Timbalan Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim.
Menurut sumber yang dekat dengan bank pusat itu, rata-rata khabar angin memetik Wahid untuk mengambil alih jawatan Dr Zeti, namun pihaknya enggan mempercayainya sehingga pengumuman dibuat.
"Dengar-dengar ialah Wahid tetapi biasalah jika ada pertukaran saat-saat akhir oleh Putrajaya," jelas beliau.
Sebelum dilantik ke jawatan semasa pada tahun 2013, Wahid menerajui bank terbesar di Malaysia, Kumpulan Maybank selaku presiden dan ketua pegawai eksekutif selepas membuktikan kemampuan menguruskan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Antara GLC yang pernah mendapat sentuhan Wahid ialah Telekom Malaysia dan Kumpulan UEM yang mengumpulkan pengalaman hampir 30 tahun beliau dalam dunia korporat tempatan.
Sebelum ini, Bloomberg pernah mendedahkan senarai lapan calon yang dikatakan bakal menjadi gabenor BNM selepas Dr Zeti.
Nama-nama lain disenaraikan Bloomberg termasuk Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Nama lain yang turut tersenarai ialah bos Tabung Haji Tan Sri Datuk Paduka Ismee Ismail yang juga menduduki kerusi pengarah 1MDB serta Datuk Dr Noor Azlan Ghazali yang merupakan anggota jawatankuasa dasar kewangan bank pusat itu.
Sementara itu, seorang jurucakap media Bank Negara menjelaskan, pengumuman berkaitan hanya akan dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Najib Razak.
"Selalunya, jika melihat contoh-contoh terdahulu, PM akan membuat pengumuman mengenai dalam tempoh seminggu sebelum tarikh akhir seseorang gabenor," jelas beliau kepada Malaysiakini.
Difahamkan mesyuarat jawatankuasa dasar kewangan bank pusat itu akan berlangsung esok dan bakal dihadiri semua pengarah dan beberapa tokoh penting kewangan negara. - MK

3 comments:

  1. Petualang nilah yang suruh najib buat gst


    Perkiraan mudah GST
    ANDAIAN
    Belanja sehari setiap isi rumah RM50
    Rm50 x 30 hari =rm1500 sebulan
    Gst rm1500 × rm0.06= rm90
    Rm90 × 12 bulan=rm1080 setahun
    Rm1080 × 20 juta penduduk=rm 21,600,000,000 setahun

    Dan berape yg rakyat dapat dari jumlah gst yg kerajaan dapat?
    Kuasa beli rakyat atau kerajaan?


    Siapa yg tindas siapa?

    ReplyDelete
  2. Jgn kata apalah..itu urusan dia org..lantak dia org..kita doa kita sihat dan slamat dah lah.

    ReplyDelete
  3. jgn lupa fikir rakyat marhaen yg duduk di kg2....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com