innity

pages

Monday, April 11, 2016

[FITNAH BUSUK PEMAKAN DEDAK] Tun Dr Mahathir nafi minta campur tangan asing


Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau menggesa pihak asing supaya campur tangan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya tidak minta mana-mana kerajaan asing untuk campur tangan. Saya kata bahawa segala saluran untuk mencari penyelesaian dalam negara telah ditutup oleh Najib.
"Jadi, saya akan beritahu media asing tentang perkara ini," katanya yang dipetik oleh portal The Star Online.
Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak yang melahirkan kebimbangan dengan kenyataan Mahathir itu.
Antara lain, The Weekend Australia memetik Mahathir sebagai berkata beliau lazimnya tidak mengalu-alukan sebarang campur tangan asing dalam hal ehwal negara, "tetapi saluran kami mencari penyelesaian dalam negara telah ditutup sepenuhnya"
Selain Salleh, kenyataan bekas perdana menteri itu juga mengundang kritikan dari pelbagai pihak lain.
Antaranya adalah pemimpin MCA, Ti Lian Ker, yang menyifatkan kenyataan Mahathir sebagai suatu pengkhianatan.
Sementara, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Irmohizam Ibrahim menganggapnya sebagai "langkah yang berbahaya" dan memberi amaran bahawa ia berpotensi boleh menggugat keselamatan negara.
Mahathir telah berkempen untuk menjatuhkan Najib sejak tahun lalu dan menuduh perdana menteri melakukan banyak salah laku.
Najib telah berulang kali menafikan dakwaan itu. Beliau pula menuduh Mahathir berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

8 comments:

  1. tahap kronik dah ni ...
    sat kata ya ... sat kata idak
    yang mana satu ni

    ReplyDelete
  2. Sapa yang kronik chai?

    Ada Tun cakap....

    "Saya mengalu alukan campurtangan asing dalam urusan negara malaysia"?

    Sokong 100% jika Tun ada berkata (jika adalah)...."menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BUKAN parti umno "

    Calon menggantikan Najib boleh sesiapa sahaja, tin kosong ka, si sotong ka, penkid pun boleh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Setuju bro 6:28 pm.
      Pemakan dedak dan fitnah tak dapat dipisahkan.

      Delete
    2. apa yg media Australia tulis semua hang percaya.. pesal apa yg ini pulak tak percaya .. hang nak kata media omputih tu bohong tak pun depa kroni UMNO jugak ka ...

      Delete
    3. ha elok sangat la tu ..
      esok anon 628 sekali dengan karTUN boleh la saman akhbar Australia, The Weekend Australian sebab memfitnah
      ada bran chai ....

      Delete
  3. 12.35

    Lebih baik percaya media luar jika mendedahkan pemimpin2 yang korup,menyeleweng dan menganaiya rakyat jika tak betul saman ajelah....apa masalahnya?

    Kenapa takut saman? Apa yang nak disembunyikan?

    12.51,

    Maksud chai SURUH tun saman akhbar australia? Kenapa plak? Tun buat kenyataan di akhbar australia dan suruh saman balik?

    cuba terangkan dengan jelas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 1038

      lu memang Bongok

      Delete
    2. nak terang kan apa lagi .. tak paham ke artikel kat atas ??
      dah berak tengah jalan tak mengaku pulak
      Malaysia’s longest serving prime minister Mahathir Mohamad has called for “foreign interference” to help oust his corrupt­ion-tainted former protege, Najib Razak, and questioned Canberra’s silence over the multi-billion-­dollar 1MDB scandal that has drawn in one of Australia’s biggest banks.


      The comments mark an extra­ordinary about-face for the famously nationalistic 91-year-old, memorably branded a “recal­citrant” by former prime minister Paul Keating for boycotting the inaugural 1993 APEC summit because he favoured an Asian caucus that excluded foreign (caucasian) nations.

      In an interview with The Weekend Australian at his office in Putrajaya, the federal administrative capital he conceived, Dr Mahathir said there was little hope the Malaysian Prime Minister at the centre of the scandal would step down without outside pressure.

      “Normally I don’t like foreign interference in Malaysian affairs but our avenues for redress have been closed completely (both within the party and through draconian laws now used to intimid­ate critics),” he said.
      “So now we have to allow foreign­ interference in our domestic­ affairs. If it is legal, legitimate, yes. If they have informatio­n, they should give informa­tion. And if there is money laundering, just because it is Najib it doesn’t mean they should suspend that law.”

      ayat mana yang ko tak paham ... habaq mai

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com