innity

pages

Sunday, April 24, 2016

[ELOK DITUKAR SAJA MB TERENGGANU] Ahmad Razif Kini SUKAR laksanakan Tugas MB


PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kini berhadapan situasi sukar untuk melaksanakan tugas selaku Menteri Besar Terengganu susulan tindakannya yang dikatakan telah menyebabkan pihak istana negeri itu murka.
Situasi itu tercetus Jumaat lalu ketika Ahmad Razif mengiringi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menunaikan solat Jumaat.
Ia dikatakan melibatkan isu pengumuman jumlah sumbangan menerusi program yayasan yang berkait rapat dengan pihak istana negeri.
Susulan itu, pihak istana dikhabarkan menarik balik semua gelaran kebesaran yang dikurniakan kepada Ahli Dewan Undangan (Adun) Seberang Takir itu.
Sumber memberitahu mStar Online, insiden pada Jumaat lalu yang disebarkan menerusi media sosial sememangnya berlaku dan kini menunggu pengesahan pihak Istana Terengganu.
"Dalam keadaan sekarang, susah untuk Ahmad Razif jalankan tugas selaku MB kerana tiap minggu dia perlu menghadap Sultan Mizan untuk memaklumkan perkembangan mesyuarat Exco terutama keputusan yang dibuat dan membincangkan hal pentadbiran negeri.
"Kalau Ahmad Razif kekal sebagai MB, rasanya payah. Mungkin tak lama lagi akan ada perubahan kepimpinan negeri, cuma tak pasti melalui kaedah mana, sama ada pilihan raya atau kerajaan perpaduan," katanya ketika dihubungi di Terengganu.
Desas-desus yang tersebar bagaikan diiyakan apabila pengacara pada beberapa program yang dihadiri Ahmad Razif hanya mengumumkan kehadirannya dengan menyebut jawatan beliau tanpa gelaran Datuk Seri.
Kata sumber itu, perjumpaan dengan semua Adun Barisan Nasional (BN) akan berlangsung Ahad malam bagi memberi penjelasan berhubung situasi terkini melibatkan Ahmad Razif dan pihak istana.
Tambahnya lagi, situasi terkini tentunya memberi ruang untuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said untuk terus mengatur langkah bagi memastikan Ahmad Razif tidak akan kekal mengisi jawatan itu.
Bagaimanapun, katanya, semuanya mungkin akan ditangani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bulan depan.
Mengikut rekod, Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1).
Pada 8 Mac lalu, Ahmad Said yang juga Adun Kijal membuat usul tidak percaya kepada Ahmad Razif pada sidang Dewan Undangan Negeri, namun ditolak Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong. - mStar

3 comments:

  1. Apa keje mamat2 ganung ning?Asiklah nak bergaduh 24jam.Dahlah jual keropok mahal nak mampus.Makan pun mahal,mengalahkan KL.

    Ada baiknya buat kerajaan campurang dengan pas.Tapi jangan lantik hj hadi,lantik hok bijok2 sikit dari kalangan adun2 pas.Pasal kalau lantik adun umno,asik nak bercekau berebut jawatang tak ingat mati punya orang.

    Tapi yg aku dengar mat razip kena lucut gelarang secara lisang oleh sultan selepas bagi ucapang semasa nok semayang jumaat.Tok tahu betul ke dok.Entah apa yg mat razip cakapkan tu,tak tahulah.

    ReplyDelete
  2. Ini lah Hasil kerja Tangan Najib..
    Ibarat Tikus membaiki Labu..
    Mungkin selepas ini Negeri Kedah pun akan mengalami nasib yg sama dgn Terengganu...

    Natijah drp kemelut ini ialah:

    Najib Harus meletakan jawatan sebagai PM kerana dia telah GAGAL menjalankan Tugas sebagai Perdana Menteri....

    ReplyDelete
  3. Bakpo tak dok kerja betul la asyik dok suruh Najib letak jawatang. Lucut gelaran orang lain Najib kena marah. Semput sana simpul sini, Najib jugok yang salah. Gamoknya Kalu bagi ko puok demo baru tak marah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com