innity

pages

Saturday, April 30, 2016

Dua anggota polis cedera ditetak ketika operasi


KUALA LUMPUR - Dua anggota polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras cedera selepas ditetak dengan parang ketika melakukan operasi di sebuah rumah kosong di kawasan Kampung Tangki Air, Jalan Kuari, Cheras di sini sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu, kedua-dua anggota masing-masing pangkat Koperal dan Konstabel mengalami kecederaan pada kepala.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaaan Malaysia (PPUKM) untuk menerima rawatan lanjut.
"Anggota berpangkat Konstabel telah dirawat sebagai pesakit luar dan menerima sebanyak 14 jahitan pada kepala. Dia dilaporkan sudah keluar daripada hospital berkenaan.
"Sementara itu, seorang lagi anggota berpangkat Koperal masih dirawat di hospital," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. - K! ONLINEA

2 comments:

  1. Dulu tkda polis kena tetak/pukul/langgar.polis skrg cuit sikit penjenayah je kena saman/hukuman/tindakan tatatertib/penjara.sb tu penjenayah berani lawan blk.

    ReplyDelete
  2. TADOK SAPO NOK AMIK KISOH,KENO TETOK KE KENA TIKEY KO.MAKEY KO DOK KO.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com