innity

pages

Sunday, April 10, 2016

[DR.ASRI FITNAH?] Mana Akhlak Mufti Perlis samakan ASWAJA dengan HINDRAF, akan Rujuk kepada Peguam


Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) hari ini menggesa Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengemukakan bukti bahawa pertubuhan tersebut menentang kedatangan pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik ke negara ini.

Dalam kenyataan medianya, pertubuhan itu mendakwa, Dr Mohd Asri dilihat berterusan 'menyerang' Aswaja dengan turut menyamakan mereka dengan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf).

"Sebagai seorang mufti yang berakhlak, beliau sepatutnya menjaga tutur kata dan mengemukakan bukti apabila melontarkan sebarang tuduhan. Apatah lagi menyamakan Aswaja yang memperjuangkan Islam dengan Hindraf.

"Di manakah akhlak seorang Mufti yang 'suci' ini apabila menyamakan pertubuhan Islam dengan pertubuhan jelas ditunjangi bukan Islam.

"Aswaja meminta mufti Perlis mengemukakan bukti berhubung sebarang bantahan Aswaja terhadap Zakir Naik untuk masuk ke negara ini. Jangan melontarkan tuduhan tanpa mengemukakan bukti dan membawa mulut tanpa menyelidiknya kerana itu adalah perbuatan orang yang fasik," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, Aswaja kini turut mendapatkan khidmat nasihat peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mohd Asri kerana didakwa mencalarkan imej pertubuhan tersebut dengan tuduhan yang tidak berasas.

"Kita akan merujuk kepada peguam untuk mendapatkan khidmat nasihat seterusnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap mufti Perlis ini.

"Kami tidak akan membiarkan perbuatan fitnah terhadap Aswaja berterusan dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara ini. Sekali lagi, mufti Perlis diminta mengemukakan bukti yang mana Aswaja membantah Zakir Naik ke negara ini," katanya lagi.

Dalam tulisan di Facebooknya semalam, Dr Mohd Asri mendakwa Aswaja senada dengan Hindraf kerana mempertikaikan kedatangan Dr Zakir Naik.

"Hari ini mereka pertikaikan agama Dr Zakir Naik yang merupakan tokoh dakwah yang mendapat pengiktirafan seluruh dunia termasuk Malaysia memberikan tokoh Maal Hijrah kepadanya.

"Ribuan manusia menganut Islam kerana ceramahnya. Jutaan muslim mendapat manfaat dari penghujahannya. Pun begitu, kumpulan Aswaja ini tetap mempertikaikan pegangan agama Dr Zakir Naik seiras dengan nada kumpulan Hindu Hindraf," tulis Dr Mohd Maza. - MK



KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MALAYSIA (ASWAJA).

1. ASWAJA berasa jelik dengan taktik dan sikap Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang berterusan bukan saja mencetuskan kontroversi, malah menimbulkan fitnah terhadap pertubuhan ini apabila ASWAJA dikatakan menjadi penentang kepada kedatang pendakwah bebas Dr Zakir Naik ke negara ini.

2. Sebagai seorang Mufti yang berakhlak, beliau sepatutnya menjaga tutur kata dan mengemukakan bukti apabila melontarkan sebarang tuduhan. Apatah lagi menyamakan ASWAJA yang memperjuangkan Islam dengan HINDRAF. Di manakah akhlak seorang Mufti yang 'suci' ini apabila menyamakan pertubuhan Islam dengan pertubuhan jelas ditunjangi bukan Islam.

3. Apakah ini Islam yang diamalkan Asri? Apakah Islam mengajar umatnya berkelakuan sebegini apatah lagi dari seorang Mufti. ASWAJA meminta Mufti Perlis mengemukakan BUKTI berhubung sebarang bantahan ASWAJA terhadap Zakir Naik untuk masuk ke negara ini. Jangan melontarkan tuduhan tanpa mengemukakan bukti dan membawa mulut tanpa menyelidiknya kerana itu adalah perbuatan orang yang fasik.

4.Kita sememangnya faham dengan permainan Mufti yang berlagak 'suci' dan 'mulia'ini. Mengaitkan kedatangan Zakir Naik dengan ASWAJA adalah untuk mengheret orang ramai membenci dan mengkritik ASWAJA tanpa hujung pangkal. Sedangkan apa yang disebarkan oleh Mufti siber itu adalah sekadar tuduhan serta tohmahan tanpa sebarang bukti dan asas kukuh. ASWAJA tidak terkesan dengan cara Asri dalam usaha memburukkan imej ASWAJA.

5. ASWAJA sememangnya faham dengan rentak Asri yang mengambil kesempatan terhadap populariti Zakir Naik bagi memburukkan ASWAJA yang sememangnya pertubuhan tidak disenangi Mufti Perlis itu. Bertaubatlah Asri, malulah dengan kedudukan anda sebagai Mufti sebelum menyebarkan fitnah dan tuduhan. Ingatlah Allah sentiasa memerhati kita, jangan lakukan sesuatu yang boleh mengundang kemurkaan.

6. Berdasarkan tuduhan Asri terhadap ASWAJA yang boleh mencalarkan imej pertubuhan ini, kita akan merujuk kepada peguam untuk mendapatkan khidmat nasihat seterusnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perlis ini. Kami tidak akan membiarkan perbuatan fitnah terhadap ASWAJA berterusan dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara ini. 

SEKALI LAGI, MUFTI PERLIS DIMINTA MENGEMUKAKAN BUKTI YANG MANA ASWAJA MEMBANTAH ZAKIR NAIK KE NEGARA INI.

Sekian terima kasih.
10 April 2016

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com