innity

pages

Tuesday, April 12, 2016

Dr Zakir Naik: Komen SENTAP PU Azman


SHAH ALAM – Susulan bantahan kehadiran serta larangan ke atas program pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik, ini respons pedas Pencetus Ummah (PU), Azman Syah.

“Alhamdulillah, Selena Gomez akan datang ke Malaysia 25 Julai ini. Moga menyambung tarbiah Ramadan. ‘Diharapkan’ tidak ada sebarang bantahan terhadap tokoh perpaduan itu.

“Yang pasti, antara Zakir Naik dan Selena Gomez tidak membawa agenda yang sama. Kalau Zakir Naik pemecah belah, Selena Gomez membawa misi ‘penyatuan ummah’?

“Seakan air mata ini ingin mengalir sambil berharap agar Selena Gomez dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada tahun Hijrah depan,” tulisnya di Facebook.

Sebelum ini, Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) mendesak kerajaan segera membatalkan program yang melibatkan Zakir termasuk melarangnya memasuki negara ini.

Semalam, Khalid mengesahkan pihaknya telah memutuskan untuk tidak membenarkan forum Zakir Naik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) demi ketenteraman awam dan sensitiviti beragama di negara ini.

Zakir dijadualkan akan berada di UTeM bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Persamaan Antara Hinduisme dan Islam', Ahad ini.

Sementara itu, Mufti Perlis yang mengulas mengenai larangan itu menawarkan Zakir ke Perlis bagi menyampaikan ceramahnya sekiranya ceramah asalnya di Melaka itu dibatalkan. - SH

2 comments:

  1. ayyaa... mana ada persamaan hindu-islam ?
    persamaan hindu-kristian ada la, trimurti-trinit
    takde org islam bantah ke tajuk ceramah ni

    ReplyDelete
  2. pi dgr dulu baru tau...tak puas hati blh terus tnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com