innity

pages

Friday, April 15, 2016

[DIHENTAM PENGIKUT ANWAR] Tun M: Kalau Kita Nak Utamakan Perselisihan, Najib SANGAT GEMBIRA


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akui sedar kehadirannya ke pentas pembangkang akan menyebabkan beliau dihentam hadirin susulan pentadbirannya selama 22 tahun sebelum ini.

Mahathir sempat berseloroh agar dirinya tidak dikutuk lagi atas kesilapan lalunya itu.

"Saya ucapkan terima kasih kerana semua soalan ditujukan kepada saya dan saya adalah manusia biasa yang tidak sunyi daripada kesalahan tapi janganlah kutuk lagi, saya dah habis," katanya yang disambut sorakan penonton Forum Laporan PAC 1MDB: Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?, di sini, malam tadi.

Sebelum itu, tiga penonton bangkit bertanyakan soalan yang 'menyerang' beliau di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini telah meneruskan polisi-polisi yang wujud ketika zaman pemerintahannya dahulu.

Terdapat juga penonton yang mempertikaikan usaha menjatuhkan Najib tidak akan mencapai matlamat sebenar jika pengganti Najib nanti dari kalangan Umno juga selain ada yang menuntut agar Mahathir menyokong tuntutan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

"Memang betul kalau Najib jatuh, parti terbesar dalam Parlimen akan pilih seorang untuk menjadi perdana menteri. 

Mungkin terdiri daripada orang Umno juga. Tapi mereka nak pilih lagi (orang) macam Najib kah?

"Saya fikir mereka sudah lihat apa jadi pada Najib dan kurang cerdik sungguhlah kalau parti itu memilih orang yang semacam Najib untuk menjadi perdana menteri. 

Jika kita bincang secara mengutamakan pendirian kita dan tidak memikirkan tentang pendirian orang lain, kita akan berpecah.

"Kalau suruh saya hancurkan Umno, saya yakin Umno masih lagi banyak orang yang menyokong Umno. Kita pecah belahkan diri kita tapi yang menang Najib kerana kita lebih utamakan perselisihan antara kita. Dia akan sangat gembira melihat kita bergaduh sesama sendiri," katanya.

Mengulas lanjut Mahathir berkata, isu pembebasan Anwar yang sering dibangkitkan penyokong bekas ketua pembangkang itu hanya akan memecahbelahkan gerakan menjatuhkan Najib yang diketuainya itu.

"Dalam perjuangan apa pun, kurangkan musuh, ramaikan kawan. Kalau tambah musuh, kita akan gagal. Mesti ada pemikiran waras yang berasaskan perhitungan bijak. Kalau ikut selera, ikut nafsu, kita tidak akan berjaya.

"Sebab itu saya tahu berada di sini, malam ini siapa yang hadir. Bukannya orang Umno. Semuanya daripada parti kawan-kawan saya di atas ini. Lim Kit Siang kata datanglah, OK saya datang.

"Kalau saya pergi ke mesyuarat kawan-kawan saya, saya lebih selesalah. Tapi saya tahu jika saya datang sini saya nanti kena hentam. Saya berjaga-jaga dengan apa yang saya nak cakap tadi kerana ada banyak benda saya nak cakap tapi saya tak cakap. Kalau saya kata, nanti ada yang tidak seronok," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com