innity

pages

Wednesday, April 13, 2016

[DESAK POLIS SIASAT HINDRAF, MIC, MCA, DAP, P. Ramasamy] Pihak sengaja cetus polemik MESTI DISIASAT, Mereka ANCAM Ketenteraman Rakyat

Penggelar SATAN ini masih bebas menggunakan gelaran Profesor sedang beliau tidak lagi berkhidmat di Universiti. Pihak berkuasa sila ambil tindakan.

SHAH ALAM - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat pihak yang sengaja menimbulkan polemik bahawa ceramah Dr Zakir Naik mengancam ketenteraman rakyat.

Sebaliknya, kata Setiausaha Agung PUM, Prof Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor, pihak yang membuat dakwaan dan tuduhan itu sebenarnya yang cuba mengancam ketenteraman rakyat.

“PUM kesal dengan tindakan segelintir pihak di negara ini yang cuba menimbulkan polemik mengenai kehadiran Dr Zakir. Tuduhan liar  untuk mengatakan Dr Zakir mengancam ketenteraman serta melabelkan beliau dengan gelaran yang tidak selayaknya.

“Pihak yang cuba menimbulkan ketegangan dan keresahan masyarakat itu sepatutnya disiasat kerana telah menyebabkan rakyat tidak tenteram. Oleh demikian, kita  meminta pihak keselamatan untuk menyiasat golongan ini kerana mereka jelas tidak menghormati prinsip perlembagaan Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurut Mohd Roslan, ceramah Dr Zakir  di UTeM, Melaka itu wajar diteruskan dengan  mempertingkatkan kawalan keselamatan oleh pihak berkuasa.

“Kaedah dakwah Dr Zakir sentiasa menggunakan hikmah dan rasional dalam berbicara. Bicaranya  juga adalah dalam konteks perbandingan agama  yang menjadi salah satu antara disiplin pengajian di universiti-universiti tersohor.

“Sewajarnya kehadiran beliau diambil peluang oleh semua golongan Muslim dan non-Muslim untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ajaran agama serta dapat memahami kepercayaan asas yang ada dalam agama,” katanya. - SH

2 comments:

  1. Musuh Islam depa dah kenal cuma sikap pemimpin UMNO yg kemaruk kuasa nak rayu undi cina dan kapiaq lain tu yg menghancurkan agama kita. Walhal usaha nak menangi hati kapiaq ni dah takda harapan lg sbb depa kapiaq dah sayang kat DAP. DAp boleh bg kepuasan lubang syaitan depa.

    ReplyDelete
  2. Anon 951. Kalu nak undi Melayu ja. Balik ke zaman sebelum bangsa lain diterima sebagai warganegara.

    Yang terima jadi warganegara pun geng2 keturunan parti melayu x cerdik tu juga le

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com