innity

pages

Sunday, April 10, 2016

Demi demokrasi dan pilihanraya yang bersih dan adil, Tan Sri Adenan digesa hentikan halang ahli-ahli politik masuk Sarawak


KENYATAAN MEDIA

Demi Sarawak, Amalkan Demokrasi Sihat dan Benarkan Pimpinan Pakatan Harapan Masuk

Tindakan pentadbiran Tan Sri Adenan Satem menghalang kemasukan ahli-ahli politik khusus dari Pakatan Harapan amat mendukacitakan. Yang terkini, YB Dato Abdul Malik Abul Kassim, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap ADUN Batu Maung serta YB Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru merangkap Pengarah Strategi KEADILAN telah dihalang dari memasuki Sarawak tanpa diberi penjelasan mengapa mereka tidak dibenarkan masuk.

Dalam demokrasi yang sihat, pertandingan politik yang adil dan sama rata mewajibkan parti-parti politik dari pihak pemerintah dan pembangkang diberi peluang yang sama untuk bertemu pengundi dan menjalankan aktiviti politik yang sah mengikut undang-undang. Selagi tiada undang-undang yang dilanggar, kekangan dan halangan tidak patut dikenakan. 

Akan tetapi apa yang berlaku sekarang jelas menunjukkan parti-parti pembangkang diberi layanan yang cukup berbeza berbanding UMNO-Barisan Nasional. Mengapa seorang Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen dihalang dari masuk walhal mereka tiada rekod jenayah atau terlibat dalam sebarang skandal, manakala seorang Presiden parti UMNO yang terpalit dengan pelbagai skandal dan kontroversi di dalam dan luar negeri diberi layanan yang cukup baik!

Demi demokrasi dan pilihanraya yang bersih dan adil, saya gesa pentadbiran Tan Sri Adenan untuk menghentikan amalan menghalang ahli-ahli politik khusus dari Pakatan Harapan yang berniat melakukan kerja-kerja politik yang tidak salah dari sudut undang-undang dari memasuki negeri Sarawak. 

Saya harap bahawa Tan Sri Adenan seorang yang adil dan bersikap terbuka; sudah pasti beliau mahu menonjolkan sebuah pentadbiran yang lebih baik dan adil berbanding yang sebelum ini. Oleh itu, demi Sarawak, saya harap Tan Sri Adenan mampu membenarkan kami masuk untuk melakukan kerja-kerja politik yang dibenarkan undang-undang dan perlembagaan. Marilah kita sama-sama melakukan yang terbaik buat masa depan rakyat Sarawak.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN

10 April 2016
-
MEDIA STATEMENT

For Sarawak, Practice A Healthy Democracy and Allow Pakatan Harapan Leaders to Enter Sarawak

The action of Tan Sri Adenan Satem's administration barring the entry of politicians especially from Pakatan Harapan is very disappointing. The latest incident took place today, where YB Dato Abdul Malik Abul Kassim, Penang State Exco and Batu Maung state representative as well as YB Sim Tze Tzin, Bayan Baru MP and KEADILAN Strategy Director were barred from entering Sarawak without being provided a clear reason for why they were not allowed to enter.

In a healthy democracy, a fair and level political playing field demands that political parties from all sides be allowed to meet voters and conduct political activities allowed by the law. So long as no laws have been breached, entry into Sarawak should in principal be allowed to all.

But what has taken place today shows that opposition parties are being treated completely differently compared to those from UMNO-Barisan Nasional. Why should a state Exco and an MP not be allowed to enter Sarawak when they have done no wrong and committed no crime, whereas an UMNO President plagued with numerous issues and controversies within the country and abroad is treated so well!

For the sake of democracy and a free and fair election, I urge the Tan Sri Adenan administration to end this practice of not allowing politicians especially from Pakatan Harapan to enter Sarawak, especially when these politicians only intend to do legal and legitimate political activities.

I hope that Tan Sri Adenan can be a just and open-minded man; surely he can only wish to present an administration which is better and fairer than the one before. As such, for Sarawak, I hope that Tan Sri Adenan will allow us to enter Sarawak to do legal and constitutionally legitimate political activities. Let us all do our part for the sake of a better future for all Sarawakians.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Leader of the Opposition, Malaysian Parliament
KEADILAN President

10 April 2016

3 comments:

  1. Serawak for najib.

    ReplyDelete
  2. Syabas diucapkan kpd Tan Sri Adenan Satim kerana tidak beri ahli politik pembangkang dari Semenanjung masuk ke Sarawak. Jangan beri dia orang masuk dan campur urusan dalaman negeri Sarawak. Pembangkang terlalu banyak membuat onar yang tidak sihat. Jangan pedulikan apa orang kata...sarawak ada lah sarawak yang dipimpin oleh Ketua Menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu di ingat, pembangkang juga dipilih dan diberi undi oleh rakyat. Sb itu dap ada di sarawak. Mengapa dinafikan hak2 sebahgian rakyat sarawak ini? Onar yg dibuat hanyalah pada pandangan pihak kerajaan, tapi kuasa sbg chek n balance dlm pentadbiran negeri tak pulak
      nampak? Tp tak mengapa, kerajaan buatlah sesuka hati. Kita serah pd pengundi sarawak. Dah sah sah bn sarawak menang. Bn dh boleh melompat kera pun. Menang besar dgn cara haprak.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com