innity

pages

Sunday, April 10, 2016

Debat: LGE bagi Rahman tempoh hingga 16 April


Terdesak mahu membersihkan dirinya dalam isu banglo serta tanah Taman Manggis, Lim Guan Eng memberi tempoh sehingga 16 April ini kepada Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk berdebat mengenai isu tanah Taman Manggis.
 
Ini kerana Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) yang berada di luar negara dijangka pulang 15 April.

“Remember @mpkotabelud said returning on 15 April. No more excuse not 2debate on 16 April night the final deadline,” twit Ketua Menteri Pulau Pinang itu di laman Twitternya pada Sabtu.

Abdul Rahman kini berada di luar negara atas lawatan rasmi sekaligus menyebabkan debat antara mereka berdua yang belum ada tarikhnya tergendala.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mencabar Abdul Rahman supaya ‘tidak perlu lagi sengaja melengahkan perdebatan’.

Sebelum itu, Abdul Rahman berkata beliau boleh memberikan soalan awal agar Lim lebih bersedia bersemuka dengannya.

Rabu lalu, beliau mencabar Guan Eng berdebat selepas beliau mendakwa mempunyai bukti terbaharu mengenai rasuah terhadap ketua menteri itu.

Cabaran itu disambut Ketua Menteri Pulau Pinang Khamis lalu dan memaklumkan sedia berdebat di mana sahaja dan hanya menunggu tarikh daripada Abdul Rahman.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pula menyatakan kesanggupan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyiarkan debat tersebut.

Terbaru, TV3 juga menyatakan kesediaan menyiarkan siaran langsung debat itu sekiranya ia menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com