innity

pages

Monday, April 25, 2016

Datuk Pengelola Diraja SAHKAN Darjah Kebesaran Ahmad Razif DILUCUTKAN


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.
Menurut Bernama, pelucutan itu berkuat kuasa Jumaat 22 April.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu hari ini.
"Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu, adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah melucutkan semua Darjah-darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang telah dikurniakan kepada Ahmad Razif bin Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 22 April 2016.
"Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu," petik kenyataan itu.
Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 dan Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.
Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kedudukan Ahmad Razif dan berkata beliau akan mengadap Sultan Mizan berhubung isu berkenaan dalam masa terdekat.
Beliau juga berkata pentadbiran kerajaan negeri Terengganu masih berjalan seperti biasa.
Hubungan antara istana dan Ahmad Razif menimbulkan persoalan sejak Sabtu lalu selepas beliau diperkenalkan dalam dua majlis rasmi tanpa gelaran darjah kebesaran 'Datuk Seri'.
Sesetengah penganalisis menjangkakan BN Terengganu bakal berdepan dengan krisis berikutan perkembagan itu kerana ia hanya mempunyai majoriti kerusi yang tipis.
BN mempunyai 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi - 14 daripada PAS dan seorang daripada PKR.
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, awal bulan lalu memfailkan undi tidak percaya terhadap Razif, mencetuskan khabar angin mengenai satu lagi pertukaran menteri besar.
Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.
Razif mengambil alih jawatan menteri besar daripada Ahmad pada Mei 2014.

3 comments:

  1. Hebat sangatkah kerusi Menteri Besar mahu pun Ketua Menteri. Tak ada kerusi boleh duduk atas lantai kan!

    Adat Melayu duduk bersila lebih beradap daripada duduk di kerusi macam patung.

    ReplyDelete
  2. "Kami nak Idris, natang", ingat lagi? Dan hari ini idris jusoh berada dalam kabinet menteri najib. Najib yang takder maruah dan takder teloq nak jumpa tuanku sultan?

    Yang sebenarnya natang tu najib.

    ReplyDelete
  3. Ckp Kat najib supaya jgn menyibuk dgn urusan pentadbiran kerajaan negeri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com