innity

pages

Tuesday, April 12, 2016

Datang sendiri dengar ceramah Zakir Naik


KUALA LUMPUR - Penganjur siri syarahan umum Dr Zakir Naik mengajak pihak yang keliru dengan maklumat membabitkan pendakwah terkenal itu hadir ke Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pengarah program, Abu Shariz Sarajun Hoda berkata, pihaknya bersedia memberi keutamaan kepada mana-mana pihak termasuk kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang bersedia hadir mendengar sendiri siri ceramah Is The Quran God’s Word?

“Kami sedia memperuntukkan tiket masuk dan kerusi hadapan supaya pihak terbabit mendengar dan bertanya
sendiri kepada Dr Zakir.

“Datanglah dan dengar sendiri sama ada ceramah Dr Zakir yang juga Tokoh Maal Hijrah 2013 menyampaikan sesuatu yang salah hingga menimbulkan ketidakselesaan antara agama dan kaum,” katanya dalam satu sidang media, semalam.

Beliau menjawab dakwaan bahawa ceramah Dr Zakir mempunyai fitnah, menghina, mengundang provokasi dan ketegangan kaum.

Abu Shariz berkata, walaupun belum mendapat permit penganjuran siri syarahan di Kuala Lumpur, proses kelulusan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjalan lancar.
“Buat masa ini, ia berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan kita positif akan dapat permit itu.

“Malah polis memberi kerjasama baik kepada pihak kita,” katanya. Beliau berkata, program dijalankan mengikut semangat Perlembagaan dan menjunjung tinggi Islam sebagai agama Persekutuan serta telah melalui proses perbincangan.

“Bahkan ia bagi mempromosikan kesefahaman antara agama di Malaysia. Oleh yang demikian, program Dr Zakir di Malaysia akan dijalankan dengan terbuka untuk memberi peluang kepada semua bangsa dan agama mendengar penjelasan merungkai salah faham terhadap dakwah Islam,” katanya.


Kenali Dr. Zakir!Menyokong desakan agar Ceramah Dr. Zakir Naik Diteruskan Di Msia.
Posted by Dar Taibah Barakah on Monday, April 11, 2016

2 comments:

  1. Kalau kat B Jalil pun batal juga lebih baik IGP Letak jawatan la,

    ReplyDelete
  2. Bagi seat depan pada igp letak speaker besar sebelah telinga dia tak pun masukkan kepala dia dlm speaker supaya hadam tang mana dr zakir nak pecahbelah rakyat Malaysia...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com