innity

pages

Tuesday, April 26, 2016

[DALANG JATUHKAN AHMAD RAZIF?] Ahmad Said: Saya tak nak komen, ini melibatkan pihak istana


Bekas menteri besar Terengganu, yang mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata beliau tidak tahu menahu berhubung pelucutan semua darjah kebesaran kepada penggantinya itu.
Malah, kata Ahmad beliau baru sahaja pulang daripada luar negeri.
Saya tak tahu (isu ini). Saya seminggu di Kota Kinabalu dan baru balik (Terengganu).
“Saya ada kejohanan golf bersama alumni USM (Universiti Sains Malaysia),” katanya kepada Malaysiakini.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin (gambar) dalam satu kenyataan semalam mengesahkan melucutkan semua darjah kebesaran kepada Ahmad Razif.
Tiada alasan dinyatakan. Bagaimanapun, langkah itu mencetuskan khabar angin mengenai pertukaran menteri besar.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kedudukan Ahmad Razif dan merancang mengadap Sultan Terenggan Sultan Mizan Zainal Abidin segera.
Sementara itu, Ahmad Said yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal bagaimanapun enggan mengulas lanjut langkah istana itu.
“Saya tak nak komen,” katanya ringkas.
Enggan ulas dakwaan 'dalang'
Malah, Ahmad Said juga enggan mengulas ketika ditanya mengenai dakwaan beliau dalang untuk menjatuhkan Ahmad Razif.
“Saya tak nak komen, ini melibatkan pihak istana,” tegasnya.
Ahmad Said (gambar) pada Mac lalu mengejutkan banyak pihak dengan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.
Usul itu bagaimanapun ditolak speaker.
Ahmad Razif memulakan tugas pada Mei 2014 sebagai menteri besar menggantikan Ahmad Said yang dipaksa meletakkan jawatan setelah kemelut pertukaran kepimpinan tertinggi negeri itu.
Ahmad Said ketika itu dilapor membantah pertukaran itu, antaranya kerana ia timbul menjelang majlis perkahwinan anaknya.
Beliau malah mengambil keputusan drastik keluar Umno, tetapi menyertai kembali parti itu tidak berapa lama selepas itu.
Kemelut di Terengganu sebelum ini mencemaskan BN susulan perbezaan kerusi yang amat tipis dengan pembangkang. BN mempunyai 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi. - MK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com