innity

pages

Monday, April 18, 2016

[CERAMAH DI UTeM MELAKA] Seorang lagi peluk Islam depan Dr Zakir


Selepas mendalami agama Islam selama tiga tahun, seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Eletronik Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik malam tadi.
Ia turut disaksikan oleh kira-kira 20,000 orang hadirin yang berada dalam forum bertajuk 'Islam- Problem and Solution to Humanity' yang disampaikan Dr Zakir di universiti berkenaan.
Senkiran Dharma, 24, melafazkan kalimah syahadah itu selepas menerima penerangan berhubung persoalannya mengenai Islam daripada Dr Zakir.
Malah, ketika ditemui pemberita, Senkiran yang sebelum ini menganut agama Hindu memberitahu bahawa tindakannya untuk menukar agama itu dilakukan dengan rela hati tanpa dipaksa mana-mana pihak.
"Saya sudah mempelajari Islam sejak lebih tiga tahun lalu, namun selepas menunggu selama 24 tahun, saya akhirnya menerima hidayah untuk memeluk Islam," katanya.
Selepas mengucap dua kalimah syahadah, Senkiran kemudian menitiskan air mata. Beliau juga selepas itu menerima senaskah al-Quran daripada Zakir sambil diiringi laungan takbir.
Turut hadir dalam program berkenaan ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.
Jumaat lalu, di Terengganu, seorang remaja yang dikenali sebagai Woo Nina Grace, 19 memeluk agama Islam di hadapan Dr Zakir.
Selepas itu, seramai empat lagi individu yang memeluk Islam semasa syarahan Dr Zakir di Stadium Hoki Bukit Jalil Sabtu lalu. - MK

3 comments:

  1. Di malaya ni..beribu ceramah dan kuliah..tp tak seorang pun tampil mengucap kalimah syahadah..sb..ulamak malaya dok ingat islam ni hak exclusife org melayu....bila mai zakir naik...ceramahnya terbuka kpd semua org..tk kira agama n bangsa...tu yg ramai dpt hidayah..dok bg kuliah kat masjid dan surau...tp org melayu islam dok takok tu juga..kena pikir pendekatan..dari konteks hadirin dan isi ceramah...bkn tk rami cendiakawan islam..tp ke mana mereka...srmua dok besh yempurong..syok sendiri dan campur aduk politik...zakir naik tk pakai juvah pun tp ramai yg terima hidayah..something is wrong n some changes should b done..insyaallah..kalu kita berani ubah paradigma...islam menjadi milik semua..bkn hak melayu je..

    ReplyDelete
  2. Di malaya ni..beribu ceramah dan kuliah..tp tak seorang pun tampil mengucap kalimah syahadah..sb..ulamak malaya dok ingat islam ni hak exclusife org melayu....bila mai zakir naik...ceramahnya terbuka kpd semua org..tk kira agama n bangsa...tu yg ramai dpt hidayah..dok bg kuliah kat masjid dan surau...tp org melayu islam dok takok tu juga..kena pikir pendekatan..dari konteks hadirin dan isi ceramah...bkn tk rami cendiakawan islam..tp ke mana mereka...srmua dok besh yempurong..syok sendiri dan campur aduk politik...zakir naik tk pakai juvah pun tp ramai yg terima hidayah..something is wrong n some changes should b done..insyaallah..kalu kita berani ubah paradigma...islam menjadi milik semua..bkn hak melayu je..

    ReplyDelete
  3. Disini UAI Dan DUKE guna pendekatan dgn cara ceramah masukkan unsur lawak dan jenaka pun kena kutuk..pelik sungguh org melayu Islam Malaysia.UIA dan DUKE adalah penceramah yg bagus dan berkaliber yg byk bg ilmu tanpa Rasa boring dan jemu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com