innity

pages

Monday, April 18, 2016

BUKAN ISLAM tiada hak masuk campur urusan umat Islam: Ridhuan Tee


Pendakwah bebas, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah sekali mengingatkan bukan Islam terutamanya puak ultra kiasa supaya berhenti masuk campur dalam urusan agama umat Islam.

Katanya, orang kafir hidup selamat di negara ini adalah disebabkan agama Islam yang melarang umatnya menzalimi orang lain.

“Apa hak bukan Islam untuk campur tangan urusan agama kita, sedangkan kita tidak pernah mencampuri urusan mereka walaupun kadangkala mengganggu?

“Jangan campur tangan dalam urusan agama kami. Islam adalah Agama Persekutuan. Keistimewaan Islam mesti diiktiraf oleh semua warga Malaysia.

“Yakinlah, kerana Islamlah, kamu berada dalam keadaan selamat di negara ini,” katanya dalam ruang kolumnis bertajuk ‘Siapa syaitan sebenarnya?’ di Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada campur tangan pihak bukan Islam yang melarang pendakwah antarabangsa terkenal, Dr Zakir Naik daripada berdakwah di negara ini sedangkan katanya, umat Islam tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal agama bukan Islam.

“Pernahkah kami ambil tahu atau pergi masuk ke dalam rumah ibadat dan kuil-kuil mereka serta menyiasat apa yang ada di sana. Jawabnya tidak, kerana kita terlalu bersangka baik,” kata beliau yang juga pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Sebelum ini, pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, P Ramasamy telah melabel Dr Zakir Naik dengan gelaran ‘syaitan’, namun kesal dengan tindakan itu setelah dikecam oleh ramai pihak.

Sambil mempertahankan Dr Zakir Naik, Ridhuan Tee juga berasa pelik mengapa Tokoh Maal Hijrah 2013 yang telah diiktiraf dunia dan dibenarkan berdakwah di negara India, ditentang oleh orang kafir di negara ini.

“Sebenarnya ada yang berasa takut agama mereka terancam. Ramai yang memeluk agama Islam selepas berdialog dengan Dr Zakir. Dr Zakir hanya menceritakan perkara benar. Asal-usul agama besar di dunia ini tidak menyembah berhala. Siapa yang berani menafikan fakta ini?,” soalnya.

Beliau juga mencadangkan kepada pihak yang tidak bersetuju dengan Dr Zakir supaya mengambil pendekatan berdebat.

“Saya amat yakin beliau akan menerima dengan penuh hikmah. Mengaku sahaja, tidak ada seorang tokoh agama di dunia ini yang boleh menghafal kitab mereka, kecuali agama Islam.

“Jika ditakdirkan semua kitab agama besar dunia dimusnah atau dicampak ke laut, saya pasti semua agama akan musnah dan hilang, kecuali Islam kerana walaupun al-Quran tidak berada di tangan, al-Quran akan tetap terpahat dalam minda para ulama dan para huffaz. Al-Quran boleh ditulis balik seperti sedia kala,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ridhuan juga menegur Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif yang bersikap apologetik dalam isu ini.

“Ada kalangan pemimpin kita yang menjadi kecut dan menggelabah, dengan memberi bermacam-macam alasan seperti beliau datang atas kapasiti sendiri, dengan kos sendiri. Kenapa kita perlu takut? Telur letak di mana?

“Jawab sahaja, kami jemput dia, sebab dia bercakap benar dan orang hebat. Kenapa berdolak-dalik? Kenapa menjadi begitu apologetik?,” katanya.

3 comments:

  1. Terbaek Dr Ridzuan, saranan mengeluarkan ramasamy dr malaysia patut d teruskan

    ReplyDelete
  2. MB terangganu tu pun nak politikkan agama.Takut hilang sokongan tu yang gabra semacam saja.

    ReplyDelete
  3. Eh! Telur sebiji aje

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com