innity

pages

Monday, April 18, 2016

[BON MATANG ESOK] MKini: Laporan: 1MDB hadapi masalah bayar faedah AS$50 juta


1MDB menghadapi risiko kewangan apabila syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi tidak lagi bersedia untuk membayar faedah bon kepada dana negara itu, lapor akhbar The Straits Times Singapura.
1MDB perlu menjelaskan bayaran faedah AS$50 juta bagi bon AS$3.5 bilion yang diterbitkannya yang matang pada esok.
"Pegawai kerajaan Malaysia yang bercakap kepada The Straits Times dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, berkata IPIC secara tidak rasmi memaklumkan kepada 1MDB bahawa ia tidak berniat untuk mematuhi pembayaran faedah kerana keingkaran dalam perjanjian bon.
"Eksekutif kewangan kanan yang rapat dengan butiran mesyuarat minggu lalu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga adalah menteri kewangan telah dinasihatkan bahawa kegagalan membayar ansuran faedah minggu ini akan menyebabkan 1MDB ingkar dalam syarat bon terbitan AS$ 3.5 bilion itu.
"Ini, seterusnya, boleh mencetuskan apa yang dipanggil ‘cross-default’ atau kegagalan membayar komitmen 1MDB lain. Ini bermakna pemiutang lain 1MDB boleh menuntut penyelesaian awal atau bayaran dipercepatkan bagi hutangnya yang kini mencecah kira-kira AS$5.1 bilion," petik laporan itu.
IPIC pada Oktober dan November tahun lalu membayar AS$103 juta bagi pihak 1MDB sebagai sebahagian daripada kewajipan, selepas menjamin dua bon 1MDB bernilai AS$3.5 bilion pada tahun 2012.
Menurut jaminan itu, IPIC bertanggungjawab untuk membayar balik AS$3.5 bilion serta semua faedah berkaitan sekiranya 1MDB tidak mampu berbuat demikian.
Sebagai pertukaran, 1MDB mencagarkan 49 peratus aset tenaganya yang bernilai AS$1.4 bilion kepada anak syarikat IPIC, Aabar Investments PJS tetapi 1MDB kemudian membatalkan tawaran itu.
Secara keseluruhan, 1MDB sepatutnya membayar AS$3.54 bilion kepada IPIC dan unitnya.
Walau bagaimanapun, IPIC mendapati bahawa syarikat berkenaan tidak pernah menerima wang yang dijanjikan dan kini mempunyai keraguan mengenai bayaran pokok dan faedah daripada bon 1MDB bernilai AS$3.5 bilion yang diterbitkan itu.
Wang berkenaan sebaliknya disalurkan ke sebuah syarikat yang berpangkalan di Kepulauan British Virgin - Aabar Ltd - yang menurut IPIC tidak berkaitan langsung dengannya.
Laporan itu mendakwa bahawa Najib mendesak bahawa Abu Dhabi dan bukannya 1MDB, perlu membuat bayaran faedah AS$50 juta yang akan matang esok. - Malaysiakini

3 comments:

  1. Takpe...GST kan ada.
    Bilion sebulan...

    ReplyDelete
  2. Zahid dan azalina ckp, kes dah selesai dan tutup jgn ungkit lagi...tk percaya tanya Pak arab

    ReplyDelete
  3. Alah... kacang putihla tu .

    Suroh je Zahid pi jumpa balik ngan Pak Arab yg dermakan 2.6 billion tu bagi lagi sikit ....settle !!

    Kalau perlu , ajak sekali Azalina , Sallek Keluaq , Puad Zakashi pi sekali .

    Kalu Pak arab tu tak nak layan , bawa sekali Jamal Pak Tongkol dgn angkatan baju merah dia .

    Nak senang perjalanan , bolih guna kapal terbang RM yang punya logo Malaysia tu . Semua ongkos beres , di tanggung olih Rakyat Malaysia ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com