innity

pages

Thursday, April 21, 2016

Bon 1MDB: 'Siapa nak bayaq tu Najib?'


Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan sekiranya kerajaan gagal membayar faedah bon 1MDB berjumlah AS$50 juta.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan sekiranya kerajaan gagal membayar faedah bon 1MDB berjumlah AS$50 juta.
"Sekiranya bayaran ini gagal dibuat ia akan menjadi satu pelanggaran kepada keseluruhan bon tersebut yang bernilai AS$3.5 bilion dan boleh mencetuskan kemungkinan pelanggaran kepada semua bon 1MDB yang lain berjumlah dalam lingkungan AS$5.1 billion.
"Siapa nakbayar tu Datuk Seri?" soal Mahfuz pada kenyataan media hari ini.
Dalam loghat Kedah, Mahfuz mendakwa sekiranya ada di antara bon atau pinjaman tersebut mendapat jaminan kerajaan maka kerajaan terdedah kepada obligasi dan liabiliti untuk membayar semua pemegang bon dan pemberi pinjaman.
"Ish takut aih Datuk Seri. Nanti Macam kena ligan dengan cheti dan Along.
"Ada lagi ka baki duit RM2.6 bilion yang tok Arab tu bagi?
"Jadi saya harap Datuk Seri kena bayar lekas. Jangan bagi kami rakyat tanggung malu kerajaan 1Malaysia tak bayar hutang. Jangan berhutang pula untuk nak bayar hutang," katanya.
The Straits Times Singapura 18 April lalu mendedahkan 1MDB menghadapi risiko apabila syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi tidak lagi bersedia membayar faedah bon yang diterbitkan 1MDB.
Akhbar itu melaporkan 1MDB perlu menjelaskan bayaran faedah AS$50 juta kepada pemegang-pemegang bon bagi bon AS$3.5 bilion yang diterbitkannya pada 2012.
Memetik pegawai kerajaan Malaysia yang enggan namanya didedahkan, akhbar itu melaporkan kegagalan membayar ansuran faedah itu boleh mencetuskan apa yang dipanggil cross-default atau kegagalan membayar komitmen lain 1MDB.
Ini bermakna pemiutang lain 1MDB boleh menuntut penyelesaian awal atau bayaran dipercepatkan bagi hutangnya yang kini mencecah kira-kira AS$5.1 bilion.

2 comments:

  1. Tak pa la. Najib ada 2.6 billion kan

    ReplyDelete
  2. Saya tau sapa nak byr

    Raja pantatera mamchester


    Penjilat ludah mat saleh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com