innity

pages

Sunday, April 17, 2016

Bekas Ketua Polis:Ramasamy mesti disiasat mengikut Akta Hasutan hina ulama Islam


KUALA LUMPUR, Sabtu – Tindakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy menggelar penceramah Islam terkenal dunia, Dr Zakir naik, sebagai ‘Syaitan’ adalah perbuatan menghasut dan membahayakan dirinya sendiri.
Sehubungan itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa polis mengambil tindakan undang-undang ke atas Ramasamy kerana penghinaannya terhadap ulama adalah satu kesalahan jenayah mengikut Akta Hasutan.
“Itu adalah satu kesalahan jenayah kerana menghasut orang untuk menggugat keselamatan. Itu satu jenayah, pihak polis kena siasat.
“Mana boleh dia panggil ulama syaitan. Itu menghasut orang supaya membenci ulama tersebut. Kerana dalam agama lain pun ada orang ekstremis. Itu membahayakan nyawa dia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Khidmat Nasihat Guaman Percuma Parlimen Pandan, di Pandan Indah hari ini.
Katanya, tindakan Ramasamy itu hampir sama dengan tindakan penulis buku dari Iran, Salman Rushdi yang memanggil Nabi Muhammad SAW sebagai syaitan.
“Sampai orang nak bunuh dia, tapi negara-negara Barat melindungi dia. Dia kata, apa yang diterima Nabi Muhammad SAW adalah wahyu syaitan, bukan daripada Allah, walhal dia orang Islam.
“Apabila seseorang menyentuh perkara yang boleh membangkitkan kemarahan orang lain, ini satu perkara salah di sisi undang-undang,” jelasnya.
Musa berkata, tindakan tegas mesti diambil kerana Ramasamy membahayakan nyawanya sendiri kerana perbuatannya itu telah menimbulkan kemarahan golongan ekstremis.
Beliau juga berpendapat tajuk ceramah Dr Zakir Naik mengenai Persamaan Hindu dan Islam adalah sesuatu yang bagus dalam usaha mewujudkan persefahaman agama di negara ini.
“Kita perlu terbuka. Tajuk ceramah Zakir sebelum ini iaitu Persamaan Hindu dan Islam merupakan perbandingan agama, saya rasa perkara itu bagus.
“Saya semasa sekolah dulu pun, ada kelas Bible dan kelas Islam. Saya masuk kelas Bible sebab nak tahu apa itu Injil. Tak bermakna saya belajar Bible saya masuk Kristian. Kerana saya nak tahu apa perbezaannya,” katanya.
Sementara itu, Musa turut mengingatkan pihak polis supaya tidak berat sebelah dalam menguatkuasakan undang-undang bagi mengelakkan rakyat hilang kepercayaan.
“Polis tak boleh tunjuk berat sebelah, kerana dia adalah penguatkuasa undang-undang, dia menjaga semua kaum dan rakyat dalam negara ini. Kalau dia bertindak berat sebelah pihak, nanti orang tak percaya kepada polis. Kena adil, kena telus, tidak menunjukkan bahawa mereka menyokong mana-mana pihak,” katanya. 

2 comments:

  1. Apa nak buat Tan Sri,KPN yg dok ada ni Jenis tak dak buah,Tu pasal penyamun kebas billion billion pun dia masih steady dan relax,Bila puak kafirun nak halang dakwah Dr Zakir Naik dia pun join sekaki dgn puak puak kafir tu

    ReplyDelete
  2. Ramasamy Dan lain bangsa kena tau ini adalah hak manusia yg beragama. Kalau org Islam kata ugama Hindu Tu dr pukimak dia..dia marah tk?KPN yg Ada pun tk boleh pikir logik. Malaysia Negara Islam suka hati nenek Kita nk panggil mana2 ulamak pun.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com