innity

pages

Saturday, April 9, 2016

Bekas CEO Proton: Kenyataan Menteri JPM, Azalina TIDAK MATANG kata Harga Kereta TURUN 30%

Tidak pernah lagi dalam sejarah, harga kereta turun mendadak di saat kos barang naik malah kenyataan Azalina itu tidak matang dan tidak realistik.

PETALING JAYA: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai harga kereta akan mengalami penurunan sehingga 30% menjelang 2018 dibidas sebagai tidak matang.

Bekas CEO Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata Azalina sepatutnya menjelaskan secara lebih terperinci mengenai hasrat kerajaan menurunkan harga kereta agar tidak menimbulkan sebarang salah faham antara pengusaha kereta dan rakyat.

“Tidak pernah lagi dalam sejarah, harga kereta turun mendadak di saat kos barang naik. Bagi saya kenyataan Azalina itu tidak matang dan tidak realistik.
“Kena tanya dia (Azalina) macam mana dia nak turunkan sehingga 30%. Jika kerajaan menurunkan cukai (duti eksais), barulah senang nak buat,” katanya kepada FMT. 
Dalam jawapan bertulis kepada ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng di Dewan Rakyat semalam, Azalina menyatakan harga kereta akan dikurangkan sebanyak 30% menjelang 2018 sebagai komitmen kerajaan terhadap manifesto yang dijanjikan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi menurunkan harga kenderaan secara berperingkat 20 hingga 30% menjelang tempoh berkenaan.

“Pelbagai usaha telah diambil termasuk pemberian insentif untuk mengurangkan jumlah duti eksais yang sepatutnya dibayar kepada syarikat-syarikat pengeluar kereta yang terlibat dalam nilai tambah komponen automotif tempatan.

“Insentif ini memberi banyak manfaat kerana jumlah penurunan harga yang dicatatkan pada tahun 2013 adalah sebanyak tiga peratus, diikuti oleh tujuh peratus pada 2014 dan 2.7 peratus pada 2015,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com