innity

pages

Wednesday, April 13, 2016

Beberapa NGO dan PERKASA buat LAPORAN POLIS terhadap Ramasamy


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P Ramasamy berhubung kenyataan dalam Facebooknya terhadap tokoh pendakwah, Dr Zakir Naik.
Kesemua lapan laporan polis oleh PERKASA Permatang Pauh, Batu Kawan dan Bukit Mertajam serta Persatuan Anak Melayu Permatang Pauh dan Persatuan Kebajikan Parong Sari Pulau Pinang itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, dekat Butterworth semalam.
Selepas membuat laporan tersebut, Pengerusi PERKASA Parlimen Permatang Pauh Mohamed Hifni Mohd Baharuddin berkata mereka meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan itu yang didakwanya boleh menggugat kesejahteraan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.
Dengan membuat laporan polis itu, beliau berharap polis akan menjalankan siasatan terperinci ke atas Ramasamy yang didakwanya memfitnah tokoh ilmuan Islam yang disegani itu dengan gelaran yang tidak sepatutnya," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis itu.
Bernama

2 comments:

  1. Ini bukan salah Perkasa, Ngo atau Ramasamy si kapir itu...Ini salah Polis,KDN ,Pak mentri yg timbulkan kekecohan kononnya berlaku huru hara...Nama allah di hina dan kepala babi campak dlm masjid...org Islam tak merusuhpun...pak menteri lagi menikus...Ini semua kerana lemahnya Iman pemimpin kita...Islam akan dibiarkan di serang...agama sesat akan terus di lindungi dari cahaya kebenaran..satu ari nanti semua kita akan jadi Islam Bosnia...di sembelih sewenangnya..penguasa akan tengok aje..

    ReplyDelete
  2. Undi lebih penting...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com