innity

pages

Thursday, April 7, 2016

Bashah serah 'Deklarasi Kedah' anti-Muhyiddin


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi menyerahkan 'Deklarasi Kedah' yang menyatakan sokongan terhadap perdana menteri serta presiden Umno.
Deklarasi itu antaranya mendesak Majlis Tertinggi dan Lembaga Disiplin Umno memecat anggotanya yang terlibat dengan Deklarasi Rakyat yang didakwa bersekongkol dengan pembangkang.
Pihak yang dinamakan dalam Deklarasi Kedah itu ialah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Kami mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pemimpin Umno yang masih memegang jawatan khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bersekongkol dan bersubahat dengan agenda pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan perdana menteri yang dipilih secara demokratik," menurut deklarasi itu.
Sementara itu, Ahmad Bashah yang ditemui pemberita selepas pertemuan bersama Najib berkata, deklarasi diserahkannya itu disokong semua Umno bahagian di Kedah.
"Kita buat deklarasi hari ini dengan kehadiran semua ketua Umno bahagian, ADUN, ahli parlimen Umno dan senator Umno termasuk ketua pemuda, Wanita, Puteri (Umno) negeri mewakili Kedah.
"Deklarasi ini dibuat untuk nyatakan pada orang ramai bahawa Kedah bersama dengan perdana menteri," katanya. - MK

7 comments:

  1. Boboi cakap semua sokong. Kalau tak sokong kena pancung atau miss dedak. Dasar takut dengan bayang2 sendiri.

    ReplyDelete
  2. boboi tunggu pru 14 nnt

    ReplyDelete
  3. Bila masa aku mengundi secara demokratik untuk memilih perdana menteri?
    B*d*h betul Bashah ni...

    ReplyDelete
  4. bashah ni betoi ka yg semua ahli umno sokong deklarasi tu. hang tggu PRU 14 nanti kita tengok betoi ka rakyat sokong hang. aku takut hang tak cukup tanah saja nak cabut nanti.

    ReplyDelete
  5. Bashah hang ada turun tanya akaq umbi la? Kat stadium pun hang kena boooo... Hang tau ka atau buat2 tak tau yang rakyat dah meluat dengan semua sandiwara hampa.

    ReplyDelete
  6. Kalau menentang Presiden UMNO tak boleh tapi kalau menentang Timbalan Presiden yang juga dipilih secara demokrasi tak boleh pula!

    ReplyDelete
  7. Baru baru ini ikut anak buah pergi tengok bola di stadium darulaman. Bila pemimpin masuk stadium riuh rendah penonton boo.
    Selepas lebih kurang setengah jam, terdengar pula laungan, "...ha tidor! tidor!.."
    Semua orang tahu kepada siapa teriakan itu ditujukan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com