innity

pages

Monday, April 11, 2016

(ASWAJA & DR. MAZA HENTIKAN LAH) Elak perbalahan sesama Islam kata Dr Zakir Naik di Terengganu


KUALA NERUS: Umat Islam perlu mengelak perbalahan yang boleh melemahkan kekuatan dan perpaduan ummah sehingga merugikan mereka sendiri. 

Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik, berkata lebih mendukacitakan umat Islam sendiri sanggup menggelar saudara seagama kafir hanya kerana tidak sehaluan dan sependapat dalam sesetengah perkara. 

"Orang Islam sekarang dalam keadaan lemah, sering mengkritik sesama sendiri, malah saling menggelarkan kafir kepada saudara seagama sendiri.

 "Dalam al-Quran, kita ditegah menggelar orang lain kafir. Kalau kita menggelar seseorang Islam itu kafir sedangkan tiada tanda dia kafir, maka kita yang memberikan gelaran itulah yang kafir. 

"Hanya Allah yang boleh menentukan sama ada seseorang itu kafir atau tidak," katanya dalam kuliahnya bertajuk `Pentingnya Perpaduan Dalam Kalangan Umat Islam', pada Program Syarahan Umum Bersama Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, malam ini. 

Lebih 30,000 orang menghadiri kuliah berkenaan termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Majlis itu turut disertai sesi soal jawab dengan hadirin. Pendakwah ulung dan ilmuwan Islam itu kini dalam siri jelajahnya di Terengganu selama seminggu bermula semalam. 

Dr Zakir berkata, apa yang dilihat sekarang, umat Islam cenderung memperbesarkan perkara kecil sehingga mencetuskan perbalahan sedangkan ia tidak langsung mengikut ajaran Islam. 

"Sesungguhnya sesiapa yang memecahbelahkan umat Islam sehingga berpuak-puak akan ke neraka. 

"Sehubungan itu, untuk selamatkan Islam dan memastikan Islam kuat dan berada di tempat paling atas di dunia ini, kita perlu kekal dalam jemaah dan bersatu sebagai umat Islam," katanya

1 comment:

  1. Pertubuhan AHLI SUÑNAH w/j?? Yang tak join pertubuhan dia bukan Ahli Suñnah ke?? Pelik betul!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com