innity

pages

Thursday, April 28, 2016

[APA KATA ASWAJA?]Timb. Menteri, Asyraf Wajdi: WAHABI BUKAN AJARAN SESAT

WAHABI BUKAN AJARAN SESAT
Pagi ini dua kali saya bangun untuk menjawab soalan-soalan Ahli-ahli Dewan Negara di Parlimen. Salah satu soalan yang dibangkitkan ialah status fahaman Wahabi yang didakwa sebagai ajaran sesat. 

Sudah berkali2 soalan ini dibangkitkan di Parlimen bahkan seringkali menjadi polemik di kalangan masyarakat.
Berhubung dengan fahaman wahabi, Muzakarah Jkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan perkara ini beberapa kali, iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). 

Ia juga dibincangkan dalam Mesyuarat Panel Kajian Akidah JAKIM pd kali ke-14 (2000), kali ke-20 (2002) dan kali ke-23 (2003) dengan memutuskan bahawa Kumpulan Wahabi adalah sebahagian daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Walaubagaimanapun pendekatan yang penuh bijaksana perlu diatasi dan ditangani adalah kontroversi yang bersangkut dengan masalah khilafiyyah atau perkara2 yang masih diperbahaskan ulamak sejak dulu yang cuba dibangkitkan oleh mana-mana pihak.

Dalam hubungan ini, kerajaan amat prihatin dan sentiasa mengambil berat isu-isu furu'iyah, masalah-masalah cabang yang sering dikaitkan dengan pendokong fahaman pegangan seperti ini supaya ia tidak menjejaskan perpaduan masyarakat Islam di negara ini.

Yang penting janganlah kita terlalu taksub dan fanatik dengan satu2 pandangan dan pendapat hingga menjerumus kita menbid'ahkan, menyesatkan hatta mengkafirkan sesama Islam hanya kerana berbeza pandangan dalam masalah2 cabang dalam agama.

Sudah tiba masanya umat melakukan anjakan paradigma dan pendewasaan budaya fikir dengan sentiasa berpegang kepada nilai tasaamuh dan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

5 comments:

  1. SAPA2 TOLONG SHARE POSTING NI DI WALL Ustaz Abu Syafiq https://www.facebook.com/AbuSyafiq1/?fref=ts

    dan juga ustaz zamihan

    ReplyDelete
  2. dalam Islam ade ke "prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju" macam Asyraf ni kato.

    Kan dlm Islam yang haq itu haq, yg batil itu batil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imam yg empatpun tak pernah bertelagah pasal perbezaan pandangan antara mereka, malah meraikan perbezaan tersebut. Kenapa kita yang mengaku dari jemaah yang sama bertengkar & bergaduh macam nak perang hanya kerana bab2 khilafiah. Awak faham ke maksud hak & batil dlm hal2 khilafiah...

      Delete
    2. 'Imam Ber-Empat' pun takde jugak label2 seperti "Wahabi", "Syiah" & "Ahli Sunnah Wal Jamaah" dan label2 yg lain2 lagi..


      'Imam Ber-Empat' semua setuju HANYA ada TIGA golongan - Muslim.. Musyrik.. Munafiq..


      'Imam Ber-Empat' semua setuju HANYA ada SATU sahaja - ISLAM

      Delete
  3. Kita mesti utamakan kesatuan umat yg dah berpecah. Musuh utama adalah yg mensyirukkan Allah terang terangan dan membenci islam.
    Tangani isu sesama umat islam yg lemah iman, jahil, berselisih hal fahaman politik dan furu secara bijaksana dan tak merugikan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com