innity

pages

Tuesday, April 19, 2016

[APA-APA PUN, SELESAIKAN NAJIB DULU] Zakir Naik: Umno-PAS boleh jadi gabungan untuk orang Islam


Kerajaan campuran UMNO dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam, kata pendakwah Islam antarabangsa Dr Zakir Naik.
Katanya beliau bukannya mencadangkan dua parti politik Islam utama negara itu bergabung, tetapi adalah lebih baik jika kedua-dua parti politik berkenaan membentuk kerajaan campuran.
"Saya bukan hendak memberitahu kedua-dua parti (UMNO dan PAS) perlu menjadi sebuah parti, tetapi jika mereka boleh berbuat demikian, Alhamdulillah...(jika tidak), mereka boleh mengekalkan parti dan identiti masing-masing.
"Namun, jika mempunyai kerajaan campuran, ia akan menjadi gabungan untuk orang Islam," katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu dalam rakaman program bual bicara TV Al Hijrah, 'Persepsi', di Kuala Lumpur, hari ini.
Dr Zakir Naik, yang kini menjelajah Malaysia bagi menyampai syarahan agama, dituduh oleh pihak tertentu kononnya ceramah beliau boleh menjejaskan ketenteraman awam dan menyentuh sensitiviti agama lain.
Sejak beberapa hari lepas, beliau telah bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dr Zakir Naik, dari India, berkata beliau percaya kedua-dua pemimpin parti itu bersedia bekerjasama membentuk kerajaan campuran, dan jika perkara itu menjadi kenyataan ia adalah sesuatu yang terbaik untuk Islam.
Bagaimanapun, katanya mungkin ada beberapa pihak di negara ini yang tidak bersetuju dengan pendapatnya dan tidak mahu melihat UMNO dan PAS membentuk kerajaan campuran.
Dr Zakir Naik juga mencadangkan supaya lebih banyak program diadakan di negara ini bagi menjelaskan mengenai Islam kepada orang bukan Islam serta menghapuskan sebarang salah faham mereka tentang Islam.
Menurutnya pada pertemuan dengan Najib, beliau telah memaklumkan mengenai Persidangan Dunia Islam Dalam Bahasa Inggeris yang diadakan di Mumbai, India, baru-baru ini, dan perdana menteri bertanya sama ada persidangan itu boleh diadakan di Malaysia.
- Bernama

6 comments:

  1. BAIK DEMO GI SENYAPKAN MULUT MADEY SERTA 7/8 KERAT KRONI DULU.NAJIB TADOK MASAALAH.YANG DOK BUAT MASAALAH LONI MADEY SERTA 7/8 KERAT KRONI DOK MERATIB SIANG MALAM KATA TOK NAJIB BAHAM PITIH IMBD.PELBAGAI AGENSI YANG BERKUASA MENYIASAT TELAH SAHKAN NAJIB TIDAK TERLIBAT SAMA SEKALI.MUNG PEHEY KO DOK GAPO HOK KAWE GHOYAT NI.KALU TAK PEHEY DEMO MEME BENOK NOK MAPUH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mung tu gi mapuh dulu. Jange nok kecek hilir wak bodo ore. Otok mung duano ye debe sangak tuh? Najib bui gappo ko mung ye cakak rupo ore takdo otok gappo? Jange wak malu ore klate gak, kalu najik tu baik mulio suci sangak, bakponyo diklate nyo tok mene gappo satu? Bakponyo pah duk mretoh lagi? Baso mnate gilo make dedok ni payoh. Ingak dio sore jah buleh maki ore lain! Cu baco gak gappo ore duk crito pah dunio luar pasal huduhnyo peel pranga najik tuh! Tok soh wak bengak rupo lembu tuo.

      Delete
  2. Jgn ingat pas tu islam sgt. Syiah, tarekat, sufi malah kapir harbi pn sume ada. Bersihkan dl dalamn br nk bersihkn org lain

    ReplyDelete
  3. Abestu umgo islam mcm mana? Sebok dgn party org..tgk dlm kaen lu dulu malaun..

    ReplyDelete
  4. Ada aku myokong umno ke? Ku nyokong pemerintah islam x kira sapa orgnya. X kira dr parti ke perseorangan ke. Sbb itu tuntutan agama. Tp bila kita nk jatuhkn pm krn x setuju ngan dia atau parti dia itu bkn diajar agama. Jgn plak bila pas menang. Jd pm. Bole plak soh org jgn lawan pemerintah. Kn ikut sunnah nabi katanya. Abis yg skang ni nape x ikut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12.23 takder sape yang taat kepada pemimpin korup bernama najib

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com