innity

pages

Tuesday, April 19, 2016

AMANAH sokong cadangan penubuhan 'Bank of Johor'


KENYATAAN MEDIA

AMANAH sokong cadangan penubuhan 'Bank of Johor'

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) menjunjung dan menyokong penuh cadangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk menubuhkan 'Bank of Johor' bagi kemudahan rakyat di negeri itu.

2. Penubuhan bank persendirian ini diyakini dapat membantu rakyat yang kurang berkemampuan di negeri itu bukan sahaja dalam membuat pinjaman perumahan malah juga untuk pelaburan.

3. AMANAH ingin menegaskan bahawa kami bersedia bila-bila masa untuk menyumbang idea terhadap usaha murni yang dicetuskan Tuanku Sultan Johor ini. Pada kami, pengalaman 'Grameen Bank' di Bangladesh adalah antara model terbaik yang boleh dijadikan contoh.

4. 'Grameen Bank' menjadi sebuah mercu yang sangat unik dengan konsep 'bank untuk golongan miskin' yang sangat berbeza daripada bank konvensional lain. Pengasasnya Muhammad Yunus juga telah diberikan anugerah nobel ekoran kejayaannya membantu golongan miskin di Bangladesh melalui usaha penubuhan bank ini.

5. Pengalaman dan kejayaan Muhammad Yunus ini sewajarnya diteladani oleh 'Bank of Johor' ini nanti. Malah AMANAH mengharapkan Bank of Johor ini didasarkan kepada perbankan tanpa faedah dengan kata lain perbankan Islam yang lebih progresif.

"Harapan Baru"

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden

Parti Amanah Negara
18 April 2016

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com