innity

pages

Monday, April 25, 2016

[AKAR UMBI UMNO MAKIN BERANI] Dua cawangan di Parlimen Machang Sebulat Suara TOLAK Najib

Datuk Sazmi Miah

KOTA BHARU - Mesyuarat Cawangan Lepan Simpol dan Banggol Judah, dekat Machang di sini, Sabtu lalu sebulat suara menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Parti.

Usul politik tersebut diterima tanpa bahas oleh kira-kira 70 ahli yang hadir pada mesyuarat bersama, dua cawangan tersebut.

Ketua Cawangan Lepan Simpol, Datuk Sazmi Miah berkata, usul tersebut mengambil kira kepentingan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang apabila rata-rata rakyat di peringkat akar umbi menolak kepimpinan Najib.

Katanya, sekali pun keputusan tersebut menongkah arus dan dilihat bertentangan namun itu adalah suara ahli di cawangan tersebut.

"Usul ini diterima dengan hati yang terbuka dan tidak dibahaskan kerana kita mahu memperkasakan parti dengan mengambil kira suara ahli-ahli di peringkat akar umbi.

"Usul ini dibuat oleh anak-anak muda dan inilah suara mereka. Kenapa kita mesti bantah? Mesyuarat cawangan adalah platform yang tepat untuk menyuarakan suara hati dan pendapat mereka. Tidak perlu bercakap di kedai kopi atau cakap belakang sebaliknya nyatakan secara jelas dan terang mengikut saluran yang betul," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Sazmi yang juga bekas Ahli Parlimen Machang berkata, pelbagai isu yang membelenggu presiden parti boleh menjejaskan parti pada PRU akan datang  dan Najib perlu berundur sebelum ia dilaksanakan.

Katanya, dalam masa yang sama, kedua-dua cawangan itu juga sepakat menolak penangguhan pemilihan Umno yang dijadualkan pada tahun ini sebagaimana yang diumumkan Najib pada tahun lalu. - SH

13 comments:

  1. Maka bermulalah episod baru..
    busuknya jibby suda sampai hujung kelantan darul naim

    ReplyDelete
  2. dah tak suka parti keluar je tak kisah lah menongkah arus ke ape ke, kemudahan yang diberi parti ambil, kalau tak setuju masa wakil bahagian datang bahas lah masa tu, wakil bahagian boleh bagi sebab dan ape sebenarnya berlaku, kalah memang dah kalah pilihanraya akan datang sebab ade cawangan macam ni, ape punya baral cawangan umno ni saja nak tunjuk je, alasan standard nak menyelamatkan parti pi rah selamat taik kucing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sehaluan je keluar umno?...nampak sangat umno parti yes bos... Jahanam umno

      Delete
    2. Tak sehaluan je keluar umno?...nampak sangat umno parti yes bos... Jahanam umno

      Delete
    3. Ni parti melayu islam ka parti najib? Najib la kena belah bila orang dah meluat kat dia. Ada faham dedak eater?

      Delete
  3. 4.21 kau la taik kucing,ketua tak penting akar umbi yg penting.jilat la selagi boleh jilat.

    ReplyDelete
  4. Keputusan 2 cawangan umno di machang kelantan .. adalah yang terbaik .. bravo dato sazmi..

    ReplyDelete
  5. Tak jadi apa tu..tengoklah nanti. Stakat dua cawangan di klantan tak menggugat pun..perkara biasa dlm politik. Kita tengok dulu..disergah kat anuar musa nanti..berketar ketarlah lutut. Dua ketua cawangan tu llu digugurkan ramai lg yg layak nak jadi ketua cawangan. Kita lihat nanti apa kah kesudahannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak betul la najib ada sokongan 3 juta ahli...taubatlah chai, tiap hari kerja membohong.

      Delete
  6. Telah nyata najib tak berguna langsung..topeng belake..rosmah juga mesti didakwa...sombong.. angkuh..

    ReplyDelete
  7. Kata Demokrasi..
    Kata suruh ikut saluran..
    Bila ikut saluran, kata mcm2 pulok..
    Kalu lagu ni gak, suruh Najib buat Parti dia sendiri lah...PARTI DEDAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun Najib buat parti dia sendiri . Hanya penjilat penjilat dia serta pemakan pemakan dedak je tak sedar diri lagi .

      Najib sedang melakukan tranformasi UMNO utk menjadi Untuk Mohd Najib Only ... ada reti ?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com