innity

pages

Wednesday, April 13, 2016

Ahli PAC dari Pembangkang GESA Pengerusi PAC, Hasan tarik balik kenyataan


SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) daripada pembangkang menggesa pengerusinya, Datuk Hasan Arifin menarik balik kenyataannya berhubung laporan PAC mengenai siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang didakwa mendapat persetujuan semua anggotanya.

Timbalan pengerusinya, Tan Seng Giaw berkata, kenyataan Hasan itu merupakan pendirian tidak berasas, bersifat bohong dan menyeleweng daripada pandangan jawatankuasa itu.

“Kami berharap Pengerusi PAC tidak salahguna jawatannya sebagai jawatankuasa Parlimen untuk kepentingan politik BN dan Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam kenyataan bersama Datuk Kamarul Baharin Abas, William Leong, Datuk Takiyuddin Hassan dan Tony Pua, semalam.

Seng Giaw juga mendakwa, jawatankuasa itu tidak pernah membuat sebarang keputusan bahawa Najib tidak bersalah.

“Kami menggesa Hasan mengemukakan bukti melalui hansard bahawa keputusan ini dibuat sebulat suara dan konsensus oleh semua anggota PAC,” jelasnya.

Katanya, tiada keperluan menyembunyikan sebarang maklumat dalam Laporan Ketua Audit Negara daripada dibentangkan ke Parlimen.

“Kami menyeru Laporan Ketua Audit Negara turut dibentang dalam Parlimen bagi menunjukkan pihak PAC menjalankan tugasnya secara telus dan berintegriti,” katanya.

Dalam pada itu, Seng Giaw mendakwa, kenyataan Hasan ketika ditemu ramah Bernama, baru-baru ini tidak mencerminkan persidangan PAC dalam siasatan 1MDB.

“Laporan PAC langsung tidak menyebutkan bahawa tiada bukti untuk mencadangkan berlaku salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana.

“Sebaliknya, Ketua Audit Negara dan PAC mendapati berlaku banyak perkara amat diragui dan mencurigakan dalam transaksi 1MDB,” ujarnya.

Lebih malang lagi, katanya apabila PAC tidak dapat sahkan sama ada pembayaran dilakukan 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri kerana dokumen diperlukan seperti penyata bank tidak diserahkan kepada Ketua Audit Negara.

“Laporan PAC telah menyeru agar pihak berkuasa menyiasat semula kes ini,” katanya. - SH

1 comment:

  1. Lagi sekali bro admin, berjaya mematahkan komen pencacai najib yang mengatakan Tan Seng Giaw buat statement najib tak bersalah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com