innity

pages

Friday, April 8, 2016

[5 TUNTUTAN PAS KEPADA PM NAJIB] 1MDB dan 2 MISTERI yang belum selesai


ULASAN Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat (M&A) 1MDB menyatakan dengan jelas bahawa 1MDB mendapatkan kebenaran bertulis daripada perdana menteri dalam:
  • Sebarang perubahan terhadap M&A syarikat, sama ada secara keseluruhan ataupun sebahagiannya;
  • Sebarang perlantikan dan penamatan mana-mana pengarah (termasuk pengarah urusan dan pengarah alternatif) serta pengurusan tertinggi syarikat; dan
  • Sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan semula atau perkara berkaitan jaminan yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan untuk kepentingan syarikat, kepentingan negara, keselamatan negara atau sebarang polisi kerajaan.
Terdapat dua pelaburan 1MDB yang sehingga masih menjadi misteri untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) iaitu:
  • Pelaburan berjumlah AS$2.318 bilion melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC (Bridge Global SPC) yang berusia sebulan dan tiada lesen pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar.
  • Penyaluran dana sebanyak AS$993 juta kepada Aabar Ltd yang 1MDB masih belum mengemukakan sebarang pengesahan bahawa ia merupakan anak syarikat kepada International Petroleum Investmnet Corp (IPIC) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).
PAC gagal mengesan pengaliran kedua-dua pelaburan ini kerana keengganan pihak 1MDB memberikan penyata akaun bank luar negara.
Meskipun, laporan PAC tidak menuding jari kepada PM dalam isu 1MDB, namun artikel 117 M&A 1MDB jelas menunjukkan sebarang keputusan pelaburan 1MDB memerlukan kebenaran bertulis PM termasuk dua pelaburan yang bermasalah di atas.
Sejajar itu, PAS menuntut PM untuk:
  • Memohon maaf secara terbuka kepada rakyat atas isu 1MDB, yang dibiarkan sehingga berjaya ‘mengumpul’ hutang sebanyak RM50 bilion.
  • Menyokong penuh tindakan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam ‘tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai’ terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah AS$1.83 bilion yang berada di luar negara agar integriti sistem kewangan terjaga. Besar kemungkinan isu yang dibangkitkan gabenor Bank Negara mempunyai kaitan besar terhadap dua pelaburan bermasalah 1MDB di atas.
  • Mengambil sikap kepimpinan melalui teladan dengan mengambil tanggungjawab penuh kelemahan pentadbiran 1MDB dengan mengundurkan diri sebagai menteri kewangan pada kadar segera.
  • Memberikan sokongan penuh selaku PM kepada PAC dan Bank Negara untuk mengesan aliran tunai pelaburan 1MDB ke Bridge Global SPC dan Aabar Ltd dengan mengarahkan 1MDB mengemukakan penyata bank luar negara untuk disemak dan diteliti.
  • Melepaskan laporan audit 1MDB kepada awam untuk menjaga integriti laporan PAC.

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN timbalan presiden PAS. - MK

4 comments:

  1. Jurucakap PAN... setiakawan yg tugasan memisahkan UMNO dgn PAS.. nasib ko lah pas ..tak habis habis nak kena hijack...olih spesis yg sengaja dicicirkan dalam pas... tektik lama dan basi.. tunggu masa terlondeh kain dan tercabut ketayap.. macam Pak Maun ditunggu Abg Sabu di...... kelam ajek ni... nampak tak... dia datang!

    ReplyDelete
  2. hrp pm dpt brtnggungjawab

    ReplyDelete
  3. Demi anak bini kroni, terpaksalah dia bertanggungjawab bertahan setahan2nya.

    ReplyDelete
  4. Dohhh....lamaa doohhh tunggu tuangg presidengggg utk bgi statemengg ttg 1mdb.....senyakkkk tupahhh dokk ketikkk lasunggg....patut pong timbalangg amik alihhh....tuangg presidennggg dohh jadii serupo peee engg....ader sokmo jurucakakk....dok rok cetonggg!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com