innity

pages

Friday, April 8, 2016

1MDB: MAPIM minta SIASAT Siapa lulus hutang RM42 billion?


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini menggesa pihak berwajib untuk menyiasat isu yang menjadi punca awal kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga syarikat kerajaan itu telah menanggung hutang sehingga RM42 bilion.
Presidennya, Mohd Azmi Abd Hamid berkata, 1MDB telah menggunakan hutang berlebihan dalam struktur modalnya.
Dengan tanggungan hutang yang sebegitu tinggi, tidak mungkin ia tidak dapat dinilai dengan objektif ketika syarikat tersebut dicadang untuk ditubuhkan.
“Persoalannya apakah Kementerian Kewangan telah meluluskan keperluan hutang melebihi aliran tunai itu yang bakal membawa risiko kepada kerajaan sendiri.
“Siapa yang telah meluluskan hutang sebesar itu untuk 1MDB?
“Nyata, 1MDB ternyata tidak dikawal selia dengan rapi sehingga terjerat dengan hutang dan cara melunaskan hutang yang dilulus oleh kerajaan pula ialah dengan cara menjual aset hartanah yang asalnya adalah milik kerajaan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut Azmi berkata, pihaknya sangat kesal apabila kemelut 1MDB ini telah berlarutan sehingga mendedahkan bukan sahaja kegagalan dalam urus kelola korporat (corporate governence) malah urus kelola publik (public governence).
Sebelum ini katanya, PAC menyarankan Lembaga Penasihat perlu dimansuhkan, bersama Artikel 117 dalam memorandum syarikat tersebut serta semua rujukan kepada Perdana Menteri perlu ditukar kepada Menteri Kewangan, selaras dengan peruntukan syarikat lain kepunyaan MKD.
“Persoalan yang timbul ialah bukankah PM juga adalah Menteri Kewangan 1. Adalah tidak bermakna pertukaran ini dibuat jika PM sebagai penasihat dan sekali gus sebagai Menteri Kewangan.
“Isu utama 1MDB ialah bagaimana pengurusan kewangannya diuruskan di bawah nasihat PM tetapi syarikat itu juga mendapat kelulusan dari PM yang berkuasa untuk menentukan pembelian dan penjualan aset sehingga menjadi beban hutang yang semakin parah,” katanya lagi.
Justeru beliau berpendapat, penyerahan anak-anak syarikat dan aset milik kumpulan 1MDB (TRX, Bandar Malaysia, tanah Air Itam, tanah Pulau Indah) kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) tidak kan menyelesaikan masalah kemelut yang sedang ditanggung oleh kerajaan.

6 comments:

  1. Kalau tak salah tun m mesti salah salleh yaakub. Redho jer demi demi.

    ReplyDelete
  2. "KITA PUTAR LAGI" KATA HALIM OTHMAN BEBERAPA TAHUN DULU.SEGALA AGENSI PENGUATKUASA BERTAULIAT TELAH MENJALANKAN SIASATAN DAN HASIL DAPATAN TELAH DIBENTANG DALAM PARLIMEN SEMALAM,APO LAGI YANG TAK BERES.

    ReplyDelete
  3. Nipah Maidin dah nak mampus, kena strok..

    Kau teruskan teruskan supaya cepat anok bini kau jadi janda... heeee heeeee

    ReplyDelete
  4. Hanya org buta dan tulikan dirinya tak nak juga ngaku Najib tu lemah, tak layak jd PM dan wajib ditukar dgn pemimpin uMNO yg lain. Susah sgt ke? Perur dah buncit mkn rasuah dari PM ke? Sampai sanggup tengok negara hancur, kuasa umno hilang?

    ReplyDelete
  5. Jangan bertengkar apa2..Umno/BN bakal hilang kuasa disemenanjung..harapkan Malaysia Timur je lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku relo bn tumpas ditangan tok najib dari tumpas ko puak pemakan bangkai,hari dok meratib tok najib gitu gini,bilo mitok tunjok bukti habuk pun tadok.jinis perut hijau ni susoh nok buat kiri caro.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com