innity

pages

Thursday, December 31, 2015

Wikipedia padam artikel pujian dan penghormatan kepada Rasulullah


SATU artikel berkenaan Rasulullah di Wikipedia di bawah tajuk Praise and Veneration of Muhammadtelah dipadam Isnin lalu.

Menurut sidang pengarang Wikipedia dalam ruangan Articles for Deletion, artikel tersebut dipadam kerana kandungannya yang bertindan dengan beberapa artikel lain seperti Muhammad in Islam.

Mereka juga menyatakan artikel tersebut tidak mewujudkan konteks yang jelas dan hanya mengumpulkan kata-kata pujian terhadap Rasulullah.

Pendedahan ini dilakukan oleh Gawker, sebuah blog berpangkalan di New York yang mengambil inisiatif untuk mengesan dan mendedahkan artikel yang telah dipadam oleh Wikipedia kerana hal ini biasanya tidak diberi perhatian oleh para pengguna Internet.

Sidang pengarang Wikipedia yang terdiri daripada lebih 12 ribu orang ahli akan membincangkan setiap artikel yang dicalonkan untuk dipadam.

Keputusan akan diambil sama ada untuk mengekalkan artikel tersebut atau tidak berdasarkan hujah-hujah yang diberikan oleh ahli sidang pengarang berdasarkan peraturan Wikipedia yang telah dipersetujui.

Beberapa pengarang berhujah bahawa artikel pujian terhadap Rasulullah perlu dikekalkan untuk mengimbangi artikel kritikan terhadap baginda yang turut dicalonkan untuk dipadam namun masih wujud di laman sesawang tersebut.
Walaupun sudah dipadam, namun para pengguna Internet masih boleh melayari artikel tersebut yang disimpan di laman sesawang Gawker.

2 comments:

  1. Astagfirullah!!!

    Ini semua kerja2 'Golongan Pengikut Iblis & Dajjal' nak cuba rosakkan imej Islam!

    Moga Allah SWT lindungi kita semua dari bala bencana.......Aminnn!

    ReplyDelete
  2. Itupun umat Islam masih diperbodohkan lagi oleh budaya dan agenda kuffar. Terang2 mereka amat benci pada Rasulullah dan Islam. Ada pulak di Malaysia ini tiba2 anjur program pegang anjing, menghina sistem keluarga dalam Islam, dan pelbagai macam agenda jahat yang dipelopori aktivist2 pro Pembangkang.

    Semoga Allah SWT memelihara kita supaya teguh dengan Agama-NYA dan menjujung tinggi Rasulullah Solallahu Alaihi Wasallam sebagai Rahmatan Lil 'Alaminn.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com