innity

pages

Thursday, December 31, 2015

TEMPOH 6 BULAN NAJIB TAMAT 31 DISEMBER 2015, Anina: 30 Juta Rakyat Mahu Najib Letak Jawatan pada 1 Januari 2016


PETALING JAYA: Rakyat Malaysia bukan sahaja menanti detik terakhir 2015 yang bakal melabuhkan tirainya pada 31 Disember, tetapi juga janji dan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan isu syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum akhir tahun ini.

Kegagalan Najib menyelesaikan kemelut syarikat 1MDB yang sarat dengan hutang menjelang 31 Disember (esok) seperti yang dijanjikan beliau bermakna beliau telah menipu dan kencing rakyat Malaysia sekali lagi.

Bekas Ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin berkata demikian, ekoran tempoh masa yang diberikan oleh beliau sendiri hanya tinggal sehari dan masih belum memutuskan atau tampil dengan sebarang keputusan yang konkrit dan jelas.

“Saya mahu Datuk Seri Najib tahu bahawa 30 juta rakyat Malaysia memiliki azam tahun baru yang mungkin tidak pernah berlaku kepada kesemua 180 negara seluruh dunia. Mereka mahu Perdana Menteri yang telah kencing tiga juta ahli UMNO dan 20 juta rakyat Malaysia meletakkan jawatan pada 1 Januari 2106.

“Tiada peluang kedua untuk membina Malaysia yang berhadapan kehancuran ekonomi dan demokrasi sekiranya Datuk Seri Najib terus menerajui negara ini. Percayalah, sekiranya beliau terus cuba menutup kegagalan dan penipuannya dengan melakukan penipuan-penipuan lain, ianya akan menghancurkan Malaysia,” katanya ketika dihubungi FMT.

Anina yang dipecat dari UMNO kerana memperjuang parti turut mengingatkan Najib supaya tidak menghancurkan hidup dan masa rakyat kerana ia akan menjadikan Presiden UMNO itu dilihat sebagai mayat hidup yang tidak mempunyai jiwa.

“Apa lagi yang Datuk Seri Najib mahu dalam hidup? Datuk Seri Najib memiliki isteri yang sungguh cantik, anak-anak yang berjaya, kesenangan hidup dan pernah berkhidmat berpuluh tahun dalam kabinet sehingga menjadi Perdana Menteri. Segalanya telah DS kecapi dalam hidup,” katanya.

Mengulas lanjut, dia turut menyeru rakyat negara ini supaya berdoa agar keputusan Mahkamah Tinggi esok berhubung permohonan Perdana Menteri untuk mengenepikan saman yang dilakukannya gagal demi mencari keadilan yang sebenar. - FMT

3 comments:

  1. Temph sampai hujung tahun itu keluar dari mulut najib sendiri. Bukan rakyat yg mintak.
    Hujung tahun bila ?
    Sama macam hari selasa jugak ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha bro itu "hari selasa" bila tuu???

      -----------

      Cikgu: Ajib, bila kamu nak serahkan buku latihan kamu?

      Ajib: Hari Selasa ni saya akan serahkan, Cikgu.

      Cikgu: Baiklah.

      ------Selepas seminggu-------

      Cikgu: Ajib, hari ni dah hari Rabu, kamu kata nak serahkan buku latihan pada hari selasa semalam. Mana buku nya??

      Ajib: Betul lah Cikgu, kan saya cakap hari selasa.....hari selasa ni saya serahkan sendiri pada Cikgu....."janji ditepati Cikgu"

      Cikgu: Hmmmm.....baiklah Ajib, hari selasa nanti kamu serahkan pada saya ya!

      ------Selepas seminggu-------

      Cikgu: Ajib! Mana buku latihan kamu ni hah??!! Hari ni dah hari Rabu, kamu kata nak serahkan pada hari selasa yg lepas???

      Ajib: Betul lah Cikgu! Hari selasa tuu dah TERlepas, sebab itu saya tak dapat nak serahkan. Tapi takpe Cikgu, Hari selasa nanti saya serahkan dgn nota2 sampingan yg lain. Cikgu perlu yakin dgn saya n tidak melemahkan semangat saya..

      Cikgu: Okay okay okay! Baiklah Ajib! Saya beri kamu peluang utk buktikan diri kamu. Tapi pastikan kamu serahkan semuanya pada hari selasa ini.

      Ajib: Usah khuatir Cikgu. Semuanya akan selesai hari selasa ni. Ini bukan janji, tapi pasti!

      Cikgu: Wah! Berjiwa besar kamu ni Ajib. Lega Cikgu rasa bila kamu cakap mcm tu. Dengan sikap kamu ni....Kamu boleh pegi jauh dalam hidup...Cikgu pasti!

      Ajib: Terima kasih Cikgu kerana yakin pada saya n tak percaya fitnah2 negatif. Saya bersikap terbuka, takde apa yg saya perlu sembunyikan.

      ------Selepas seminggu-------

      Cikgu: Amad, mana Ajib? Dia kata nak serahkan buku latihan pada saya selasa lepas. Hari ni dah hari Khamis!

      Amad: Ajib??? Ohhh!! Ajib dengar katanya keluar overseas.....saya terdengar dari murid2 lain bersembang. Cikgu tak tahu ke??

      Cikgu: Saya pun baru saja tahu ni! Ajib pegi overseas kemana tuu Amad?

      Amad: Errr, saya pun tak pasti Cikgu! Ada yg cakap dia ada di Hong Kong, tapi ada juga yg cakap dia ada di Dubai. Ntah lah Cikgu, saya pun tak pasti! Saya sejak ada 3 kerja ni, saya sibuk sikit Cikgu...

      Cikgu: Ajib!!! %^&*%#@!

      Delete
  2. Anina Saadudin...
    org nya kecik je tp berani sangat2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com