innity

pages

Thursday, December 31, 2015

Polis Arah Ketua PPIM, Datuk Nadzim beri Keterangan berhubung Dakwaan Polis SUBAHAT kes penipuan di Kompleks Kota Raya


Polis mengarahkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan untuk tampil memberikan keterangan susulan dakwaan yang dibuat beliau berhubung anggota polis bersubahat dalam kes penipuan di Kompleks Kota Raya.
Kesal dengan dakwaan demikian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata Nadzim sepatutnya membenarkan polis untuk menyiapkan siasatan berhubung kejadian itu termasuk membabitkan aktivis kumpulan PPIM.
“Saya telah memanggil Nadzim selepas membaca wawancaranya di Utusan Malaysia, di mana beliau berkata terdapat ‘musang berbulu’ dalam pasukan polis.
“Saya mahu tahu siapa yang dimaksudkannya itu.
“Dia boleh beri maklumat tersebut kepada saya atau pergi membuat aduan dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,” katanya dipetik portal liberal hari ini.
Sementara Tajudin berkata, penahanan ahli PPIM Yusuf Azmi baru-baru ini merupakan sebahagian daripada siasatan polis.
“Penahanan itu dibuat untuk membantu siasatan. Biar kami lengkapkan siasatan dan jangan sebarangan mengulas mengenai kes itu,” katanya.
Katanya lagi, seorang lelaki akan didakwa di mahkamah Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan menipu dalam pergaduhan di kompleks Kota Raya itu.
“Dia akan didakwa mengikut Seksyen 415/417 Kanun Keseksaan kerana menipu.
“Kami sedang mencari seorang lagi suspek,” katanya.
Laporan yang dikeluarkan Utusan hari ini, Nadzim mendakwa bahawa kes penipuan yang berlaku di Kompleks Kota Raya seolah-olah dilindungi oleh pihak tertentu sehingga tiada sebarang tindakan yang dibuat keatas peniaga di kompleks tersebut.
Beliau juga turut melahirkan kebimbangan bahawa mungkin ada anggota polis yang terlibat dalam aktiviti haram seperti perjudian. -ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com