innity

pages

Thursday, December 31, 2015

[PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN] Dana RM2.6b: Mahkamah Tinggi batalkan saman Anina hari ini

BEKAS ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin bersama peguamnya hadir ke Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, membatalkan saman yang dikemukakan bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin, berhubung wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. 

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab, membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh. 


Datuk Mohd. Zaki  memutuskan demikian atas alasan Anina tidak lagi mempunyai hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk meneruskan tindakan saman tersebut bagi pihak dan untuk faedah ahli UMNO selepas dilucutkan keahliannya.

Anina selaku plaintif, turut diperintah membayar kos sebanyak RM10,000.


7 comments:

  1. sedap le mcm ni, ko pecat pastu ko kata tada hak untuk terus kan saman
    aku harap Anina terus sama atas kapasiti rakyat malaysia pulak

    ReplyDelete
  2. Saman atas kapasiti rakyat marhean Malaysia......

    ReplyDelete
  3. Tahniah Najib. Huhuhu, takziah ainina. Cuba lagi ye.

    ReplyDelete
  4. Anina perlu failkan semakan kehakiman kerana semasa dia faikan saman itu dia adalah masih ahli umno.

    ReplyDelete
  5. Masuk dap la jgn pura2 jd pejuang rakyat konon

    ReplyDelete
  6. Sebelum ada 1MDB kita ada tanah 70 ekar di tapak TRX, 500 ekar tanah TUDM di Sg Besi dan IPP milik rakyat Malaysia (termasuk beberapa org Melayu yg didakwa sbg 'kroni')...

    Apabila 1MDB ditubuhkan dgn serta merta menanggung hutang sebanyak RM42 billion dengan beberapa pihak yg menjadi 'Billionaire' segera spt Jho Low, anak tiri producer film porno, Goldman Sachs yg mengaut RM5 bil upah broker dan penerima 'derma' paling besar dalam sejarah dunia termasuk seantero cakrawala setakat ini...

    Yang kita hilang dalam daylight robbery ini ialah IPP yg jatuh ke tangan pemilik China, tanah TRX dan TUDM Sg Besi yg diracik dicarik serta digadaikan kepada entiti asing...

    Tanpa 1MDB kita pasti masih memiliki kesemua tersebut tanpa bergelut dengan masalah hutang yg belum tentu berjaya dilangsaikan...

    Apa perkembangan duit KWSP, TH, pinjaman pemudahcara dari Kem Kewangan sebanyak RM950 juta dan dana dari lain2 entiti milik rakyat Malaysia?

    SELAMAT TAHUN BARU 2016... Brace yourselves... entah apa yg bakal tergadai kelak.

    Jefri Md Nor

    ReplyDelete
  7. Sebelum ada 1MDB kita ada tanah 70 ekar di tapak TRX, 500 ekar tanah TUDM di Sg Besi dan IPP milik rakyat Malaysia (termasuk beberapa org Melayu yg didakwa sbg 'kroni')...

    Apabila 1MDB ditubuhkan dgn serta merta menanggung hutang sebanyak RM42 billion dengan beberapa pihak yg menjadi 'Billionaire' segera spt Jho Low, anak tiri producer film porno, Goldman Sachs yg mengaut RM5 bil upah broker dan penerima 'derma' paling besar dalam sejarah dunia termasuk seantero cakrawala setakat ini...

    Yang kita hilang dalam daylight robbery ini ialah IPP yg jatuh ke tangan pemilik China, tanah TRX dan TUDM Sg Besi yg diracik dicarik serta digadaikan kepada entiti asing...

    Tanpa 1MDB kita pasti masih memiliki kesemua tersebut tanpa bergelut dengan masalah hutang yg belum tentu berjaya dilangsaikan...

    Apa perkembangan duit KWSP, TH, pinjaman pemudahcara dari Kem Kewangan sebanyak RM950 juta dan dana dari lain2 entiti milik rakyat Malaysia?

    SELAMAT TAHUN BARU 2016... Brace yourselves... entah apa yg bakal tergadai kelak.

    Jefri Md Nor

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com