innity

pages

Thursday, December 31, 2015

Najib masih ada masa hingga 12 malam ini untuk tunai janji

 Perjanjian penjualan tanah 1MDB dengan konsortium itu turut menandakan kejayaan besar terakhir dalam rancangan rasionalisasi syarikat itu seperti yang dikemukakan kepada Kabinet pada 29 Mei, 2015

Mudah-mudahan sebelum tibanya detik 12 tengah malam hari ini di mana tirai tahun 2015 akan melabuhkan episod suka dan dukanya, Najib Razak yang mungkin sekarang ini sama ada sedang berada di Dubai atau Hong Kong, akan segera tampil dengan janji yang pernah dibuatnya pada 14 Jun lalu.

Dalam janji yang dibuatnya di hadapan kira-kira 1,500 ketua penerangan dan setiausaha UMNO bahagian seluruh negara pada tarikh tersebut, Najib memberi jaminan bahawa isu berkaitan 1MDB akan diselesaikan sebelum akhir tahun 2015 ini.

Tetapi, selain daripada penjualan Edra Energy kepada syarikat China yang menyebabkan negara hilang aset berharga, tiada apa-apa yang ternampak dilakukan untuk menyelesaikan hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion itu.

Bila lagi isu hutang 1MDB yang menimbulkan kritikan ramai dan misteri itu mahu diselesaikan? 

Apakah ketua-ketua penerangan dan setiausaha-setiausaha UMNO bahagian seluruh negara masih ingat dengan janji Najib itu?

Apakah jika tiada janji dan jaminan yang dibuat Najib itu, mereka masih sedia memberi sokongan kepadanya?

Atau adakah maksud "selesai"  itu hanya kerana berjaya memecat Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Ghani Patail, melantik orang pilihannya sebagai  Peguam Negara yang baharu, merombak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan melakukan kacau ganggu terhadap SPRM yang sedang melakukan penyiasatan terhadap 1MDB yang sarat hutang itu?

Di hari terakhir 2015 ini dan sebelum memasang azam atau menaruh sebarang harapan baharu untuk tahun 2016, jika janji yang satu ini dapat ditunaikan, tentunya ia  sudah cukup memadai buat kita semua, walaupun Najib turut memungkiri banyak janji lainnya, terutama ketika kempen PRU 13 lalu.

Bagaimanapun,  kiranya janji yang satu ini tidak juga mampu ditunaikan sebelum tenggelamnya detik 12 tengah malam 31 Disember ini, bermakna tiada apa lagi yang boleh diharapkan kepada Najib seawal bermulanya hari pertama tahun 2016 nanti.

Sudah tentu, selain rakyat biasa, Najib telah mengecewakan kelompok pimpinan dalam UMNO sendiri dengan pemungkiran janjinya yang pernah dibuatnya itu.

Tahun 2016 hanya menjadi tahun yang kosong buat kita semua. 

(http://shahbudindotcom.blogspot.my, 31/12/2015)

7 comments:

  1. Eh. . .sama macam dlm filem p ralee pulak ye ?
    Berniaga orang lagi untung ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya boleh berlaku di malaysia bro

      endless possibilities kakakakakakaka

      Delete
  2. hahahaha bro itu "hari selasa" bila tuu???

    -----------

    Cikgu: Ajib, bila kamu nak serahkan buku latihan kamu?

    Ajib: Hari Selasa ni saya akan serahkan, Cikgu.

    Cikgu: Baiklah.

    ------Selepas seminggu-------

    Cikgu: Ajib, hari ni dah hari Rabu, kamu kata nak serahkan buku latihan pada hari selasa semalam. Mana buku nya??

    Ajib: Betul lah Cikgu, kan saya cakap hari selasa.....hari selasa ni saya serahkan sendiri pada Cikgu....."janji ditepati Cikgu"

    Cikgu: Hmmmm.....baiklah Ajib, hari selasa nanti kamu serahkan pada saya ya!

    ------Selepas seminggu-------

    Cikgu: Ajib! Mana buku latihan kamu ni hah??!! Hari ni dah hari Rabu, kamu kata nak serahkan pada hari selasa yg lepas???

    Ajib: Betul lah Cikgu! Hari selasa tuu dah TERlepas, sebab itu saya tak dapat nak serahkan. Tapi takpe Cikgu, Hari selasa nanti saya serahkan dgn nota2 sampingan yg lain. Cikgu perlu yakin dgn saya n tidak melemahkan semangat saya..

    Cikgu: Okay okay okay! Baiklah Ajib! Saya beri kamu peluang utk buktikan diri kamu. Tapi pastikan kamu serahkan semuanya pada hari selasa ini.

    Ajib: Usah khuatir Cikgu. Semuanya akan selesai hari selasa ni. Ini bukan janji, tapi pasti!

    Cikgu: Wah! Berjiwa besar kamu ni Ajib. Lega Cikgu rasa bila kamu cakap mcm tu. Dengan sikap kamu ni....Kamu boleh pegi jauh dalam hidup...Cikgu pasti!

    Ajib: Terima kasih Cikgu kerana yakin pada saya n tak percaya fitnah2 negatif. Saya bersikap terbuka, takde apa yg saya perlu sembunyikan.

    ------Selepas seminggu-------

    Cikgu: Amad, mana Ajib? Dia kata nak serahkan buku latihan pada saya selasa lepas. Hari ni dah hari Khamis!

    Amad: Ajib??? Ohhh!! Ajib dengar katanya keluar overseas.....saya terdengar dari murid2 lain bersembang. Cikgu tak tahu ke??

    Cikgu: Saya pun baru saja tahu ni! Ajib pegi overseas kemana tuu Amad?

    Amad: Errr, saya pun tak pasti Cikgu! Ada yg cakap dia ada di Hong Kong, tapi ada juga yg cakap dia ada di Dubai. Ntah lah Cikgu, saya pun tak pasti! Saya sejak ada 3 kerja ni, saya sibuk sikit Cikgu...

    Cikgu: Ajib!!! %^&*%#@!

    ReplyDelete
  3. Yg pasti janji Najib nk lupuskan tol di Sarawak akan terjadi insya Allah awal tahun depan. Azmin naikkan cukai perniagaan lebih 200% kt Selangor utk tahun depan tu kira janji apa plak? Tp puak pembangkang ni mana tau nk komen bos dia. Bos dia maksum cam nuar kt sg buluh tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. si bijaN berjanji??? janji dicapati adalah!

      cai2 si bijaN ni tak habis2 dgn komen2 bebal

      takde rasa malu ke??

      Delete
  4. Sebelum ada 1MDB kita ada tanah 70 ekar di tapak TRX, 500 ekar tanah TUDM di Sg Besi dan IPP milik rakyat Malaysia (termasuk beberapa org Melayu yg didakwa sbg 'kroni')...

    Apabila 1MDB ditubuhkan dgn serta merta menanggung hutang sebanyak RM42 billion dengan beberapa pihak yg menjadi 'Billionaire' segera spt Jho Low, anak tiri producer film porno, Goldman Sachs yg mengaut RM5 bil upah broker dan penerima 'derma' paling besar dalam sejarah dunia termasuk seantero cakrawala setakat ini...

    Yang kita hilang dalam daylight robbery ini ialah IPP yg jatuh ke tangan pemilik China, tanah TRX dan TUDM Sg Besi yg diracik dicarik serta digadaikan kepada entiti asing...

    Tanpa 1MDB kita pasti masih memiliki kesemua tersebut tanpa bergelut dengan masalah hutang yg belum tentu berjaya dilangsaikan...

    Apa perkembangan duit KWSP, TH, pinjaman pemudahcara dari Kem Kewangan sebanyak RM950 juta dan dana dari lain2 entiti milik rakyat Malaysia?

    SELAMAT TAHUN BARU 2016... Brace yourselves... entah apa yg bakal tergadai kelak.

    Jefri Md Nor

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuu betul!

      negara kita dah makin jahanam

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com