innity

pages

Thursday, December 31, 2015

Ketua Polis Negara : Hak pertahan diri bukan hingga membunuh sewenang-wenangnya


KUALA LUMPUR: Hak dan had orang awam mempertahankan diri dalam mendepani kes jenayah, bukan sesuatu yang mutlak hingga mereka boleh membunuh penjenayah sewenang-wenangnya. 

Orang ramai perlu memahami hak dan had itu seperti termaktub dalam undang-undang yang diperuntukkan mengikut Seksyen 99 Kanun Keseksaan. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata seksyen berkenaan menjelaskan hak dan had mempertahankan diri yang termaktub, bukan saja untuk orang awam tetapi juga anggota polis sendiri.

"Ramai orang tidak tahu had hak mempertahankan diri itu. Seksyen 99 Kanun Keseksaan menjelaskan dengan jelas setakat mana hak mempertahankan diri yang boleh digunakan oleh orang ramai. 

"Bukan saja untuk orang ramai, untuk kami (polis) pun ada hadnya. Hak mempertahankan diri itu bukan mutlak. Jika ada orang nak curi atau samun, kita tidak boleh bunuh mereka sewenang-wenangnya," katanya. 

Beliau mengulas kisah seorang lelaki yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyerang dua lelaki yang dikatakan menceroboh rumahnya di Kampung Labuhan, Kerteh, Kemaman, Terengganu. 

Dalam kejadian itu, seorang penceroboh maut ditikam lelaki terbabit, manakala rakannya cedera dan dapat ditangkap ketika cuba melarikan diri. Kisah terbabit mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib lelaki itu dan menuntut supaya nasibnya dibela.

2 comments:

  1. dalam mempertahan diri dalam serangan bersenjata hanya ada satu sahaja
    bunuh atau dibunuh.kalau dok tepis dan elak selama mana boleh tahan? mau tak mau kita kena serangan hingga pehak lawan lumpuh atau dalam erti kata sehingga penjenayah tidak lagi berkuasa nak bunuh kita.nasib lah kalau dia mati akibat kecederaan.

    ReplyDelete
  2. Berapa byk kes pois tembak penjenayah tapi x mati atas alasan mempertahankan diri?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com