innity

pages

Thursday, December 31, 2015

[JUALAN HUJUNG TAHUN?] 1MDB jual kepentingan 60 peratus dalam Bandar Malaysia


1MDB menjual kepentingan 60 peratus miliknya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.
Majlis menandatangani perjanjian itu dengan dua rakan kongsi baru mereka diadakan di Royale Chulan Hotel di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, kepentingan 60 peratus saham syarikat itu dijual kepada konsortium berkenaan pada nilai RM7.41 bilion manakala penilaian semasa Bandar Malaysia diletakkan pada RM12.35 bilion.
Sebaik perjanjian penjualan saham dimeterai, beliau berkata 1MDB akan menerima deposit sebanyak 10 peratus iaitu RM741 juta.

- MK

13 comments:

  1. Lagi ada apa2 yg nak dijual ?
    Jangan sampai dah takda tempat nak nak buat tanah kubur nanti mayat campak dlm laut jer kata mad selan 3.8. .Tanah untung mayat boleh jadi makanan ikan. Untung mcm buat dua kerja jugak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia patut jual bini dia jugak...blh transfer malang tu pada org lain.

      Delete
  2. semua jual kat China
    mampus lah

    ReplyDelete
  3. Kita tgk sapa yang dpt miliki khazanah negara...habis habis....apa gunanya keuntungan kiranya maruah kita tergadai..sapa yg gadai....???

    ReplyDelete
  4. Ada hutang, dok menyalak suruh settle kan. dah settle dituduh menjual pulak. apa la nasib rakyat Malaysia dapat korang yg tau nak komen je 24/7

    ReplyDelete
    Replies
    1. amik harta kerajaan (rakyat) beli dgn harga sen2, ko jual dengan juta2, itu masalahnya bodoh, itu namanya mencuri hak rakyat
      ko check tak 1mdb amik tanah TRX dan Sugai besi

      Delete
    2. Anon 1:21 pm.
      Kalau semua rakyat malaysia berotakkan mcm kamu lagi cepat lingkup negara ni.
      Itu bukan kerja kerajaan. Itu kerja penyamun.

      Delete
  5. "1MDB menjual kepentingan 60 peratus miliknya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd."

    Kenapa highlight CREC je? kenapa tak highlight kedua2 sekali? nak timbulkan persepsi & fitnah apa lagi? kenapa tak nyatakan jumlah pegangan untuk kedua2 entiti tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persepsi ...fitnah apa...nak tunjuk kan semua najib jual kat China...apa lagi yg najib nak gadaikan lepas ni...balik pada asal...kalau tak buat hutang Ada tak tanah tu terjual sampai macam ni sekarang...duit jual tanah bayar hutang....
      Duit hutang 42 billion mana perginya...cuba senaraikan apa Yg 1MDB dah buat dengan duit tu selain bayar diputuskan pada kerajaan beli tanah bandar Malaysia dgn TRX serta taja iman pergi haji
      Berapa sen sangat la semua tu....
      Tolong berfikir sikit secara waras

      Delete
  6. Lepas ni lelong Putrajaya..
    Dpt duit boleh ennnnnnjoy..

    Ini semua ialah hasil untung 1mbd yg bijak berniaga..komisyen 10% yg halal (untung berniaga) boleh beli kereta Bently..

    ReplyDelete
  7. Beli. Jual. Untung ?
    Nak sesesai hutang ?
    Ini bukan kerja kerajaan. Ini kerja broker. Broker pun tak jual maruah.
    1mdb ni buat berniaga apa ?

    ReplyDelete
  8. Oklah tu ..dapat kat cina pun bukan cina orang lain ..kawan baik sepupu dia jugak ..towkay ekovest ...

    ReplyDelete
  9. Sebelum ada 1MDB kita ada tanah 70 ekar di tapak TRX, 500 ekar tanah TUDM di Sg Besi dan IPP milik rakyat Malaysia (termasuk beberapa org Melayu yg didakwa sbg 'kroni')...

    Apabila 1MDB ditubuhkan dgn serta merta menanggung hutang sebanyak RM42 billion dengan beberapa pihak yg menjadi 'Billionaire' segera spt Jho Low, anak tiri producer film porno, Goldman Sachs yg mengaut RM5 bil upah broker dan penerima 'derma' paling besar dalam sejarah dunia termasuk seantero cakrawala setakat ini...

    Yang kita hilang dalam daylight robbery ini ialah IPP yg jatuh ke tangan pemilik China, tanah TRX dan TUDM Sg Besi yg diracik dicarik serta digadaikan kepada entiti asing...

    Tanpa 1MDB kita pasti masih memiliki kesemua tersebut tanpa bergelut dengan masalah hutang yg belum tentu berjaya dilangsaikan...

    Apa perkembangan duit KWSP, TH, pinjaman pemudahcara dari Kem Kewangan sebanyak RM950 juta dan dana dari lain2 entiti milik rakyat Malaysia?

    SELAMAT TAHUN BARU 2016... Brace yourselves... entah apa yg bakal tergadai kelak.

    Jefri Md Nor

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com